BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 26, 2011

Jangan kecewa kerana tidak seorang pun sempurna

Pernahkah anda dikecewakan oleh orang lain? Pastinya perasaan dikecewakan itu sungguh tidak enak dan amat mengganggu lebih-lebih lagi orang yang mengecewakan kita itu orang yang kita sayang dan percayai sepenuh hati.
Persoalannya ialah :
Adakah benar-benar dikecewakaan atau kita hanya berasa dikecewakan  oleh orang tersebut ?
Mungkin sebenarmya mereka tidak mengecewakan kita tetapi kitaa lah yang memberi respons terhadap reaksi mereka itu sebagai suatu kekecewaan.
Jika kita pernah kecewa, tentu kita tahu betapa terseksanya perasaan itu. Kebahagiaan kita terusik, waktu tidur kitaa terganggu, air mata kita menitis, perasaan menjadi gundah gulana.  Justeru jangan lah terlalu lama membiarkan kekecewaan menguasai diri kita.
Marilah kita sama-sama memerdekakan jiwa kita daripada perasaan kecewa itu tidak kira apa jua puncanya.  Berdasarkan pembacaan saya untuk membantu kita agar terus berasa kecewa apa salahnya kita praktikkan perkara-perkara berikut:

Mengakui bahawa diri kita tidak sempurna
Apabila orang lain memberikan komentar negatif mengenai diri kita terima saja dengan hati terbuka dan berlapang dada walaupun apa yang diperkatakan itu belum tentu betul. Jika mereka salah , maka itu akan menjadi pahala bagi kita. Jika mereka benar maka itu merupakan proses penyedaran untuk kita memperbaaiki  ketidaksempurnaan dalam diri kita.

Menyedari bahawa orang lain juga tidak sempurna
Kita kecewa kerna seringkali disebabkan penilaian yang terlalu tinggi terhadap seseorang.  Apabila orang tersebut tidak menepati piawai penilaian kita yang tinggi untuknya maka kita kecewa dengannya. Justeru perlu lah kita sentiasa ingat siapapun dia, dia hanya lah manusia biasa yang tidak dapat lari dari berbuat salah. Jika kita tidak sama dia juga sama. jadi relakan sahaja.

Menerima kenyataan bahawa lidah tidak selalu seiring dengan hati
Banyak orang yang kecewa pada orang lain kerana dia menganggap bahawa apa yang dikatakan seseorang itu pastinya sama dengan apa yang ada dalam hatinya.

Ingatlah bahawa kita lah pengendali diri sendiri
Jika orang lain berusaha mengecewakan kita, tetapi kita sendiri tidak berasa kecewa, pastinya orang tersebut gagal membuat kita kecewa.

Meyakini bahawa segala sesuatunya tertera dalam catatan Allah.
Selagin kita masih mempunyai keyakinan kepada Allah semuanya akan berjalan dengan lancar. Perkataan, perbuatan, fitnah, gossip dan berita yang diadaa-adakaan akan tercatat lengkap dalam buku yang dipegang oleh malaikat di kiri dan di kanan kita. Allah maha melihat, maha mengetahui akan semua perbuatan dan balasan atas semua perbuataan itu sudah tersedia.
Oleh itu sahabat semua...kita usah kecewa lagi. Sayang kalau kita membeli perasaan kecewa  yang tidak membawa sebarang keuntungan. Dek kerna kecewa kita mudah pula dijangkiti perasaan marah, sakit hati, bengang, dendam, dan lain-lain lagi. Berserah diri kepada Allah dengan keikhlasan dalam apa jua takdirnya.

Fikir-fikirkan


7 comments:

Zaini Sh said...

Ketentuan-Nya tak dapat kita ragui.Pasti ada yang lebih baik untuk kita.Bersyukurlah kita masih ada kesempatan untuk mencari/mendapatkan yang terbaik..Sukakan catatan ini Zura..

Mazura Sulaiman said...

terima kasih sahabat...

Zaini Sh said...

Sama-sama kasih heee

Dzulkeple said...

Pesanan yg baik Mazura... Thanx for sharing.

Mazura Sulaiman said...

Mr Dzul...sharing is caring.

Dzulkeple said...

Let the faith is bigger than your fear.. I pun xtau apa maksud yg sebenar.. Kecewa punah segala perancangan, tiada lagi harapan dan impian, kerana kehilangan cinta. Tiada kasih bergelora, tiada lagi gelak dan tawa, semuanya muram kerna kehilangan cinta. Tiada rasa yg boleh dikongsi, tiada siapa yg peduli, cinta pergi, tak kembali.. Antara redha dan pasrah.

Mazura Sulaiman said...

Antara redha dan pasrah...suka dgn ungkapan itu.
Doakan yg terbaik untuk awak Mr Dzul.