BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 2, 2011

Keserasian dan Kebahagiaan

Buah yang sedap kadangkala tidak datang dengan kulit yang cantik dan bau yang menarik.  Nikmat "sedap"  tersebut berkait rapat dengan "rasa".   Rasa ialah satu elemen yang sering kita bawa dalam diri tanpa pernah meninggalkannya walau sesaat jua dalam perjalanan hidup kita.  Rasa adalah keserasian dan semestinya kita amat memerlukan keserasian dalam apa jua perkara yang kita lalui. 
Keserasian vs Kepadanan
Keserasian juga perlu dalam hubungan insan. Keserasian  amatlah berbeza dengan maksud kepadanan. Kadangkala kita merasakan kita cukup padan dengan pakaian yang kita beli tetapi apabila kita menggayakannya kita mungkin dapati kita tidak serasi dengannya. Ya...keserasian sebenarnya bersifat subjektif berbanding kepadanan yang bersifat konkrit. 
Keserasian kunci kebahagiaan
Keserasian perlu dalam kerjaya kerana jika kita tidak serasi maknanya kerjaya yang kita lalui akan terasa bebannya biarpun ganjaran yang diperoleh cukup lumayan.  Misalnya saya sendiri, setelah berbelas-belas tahun dengan kerjaya sebagai seorang pendidik di sekolah; menemukan keserasian meskipun sebagai pendidik juga tapi sebagai pendidik di IPG. Berbeza  dengan seorang sahabat saya Puan Liza yang meskipun ditawarkan untuk berkhidmat di IPG namun lebih selesa dan serasi terus berada di sekolah. 
Apabila kita sakit misalnya, kita akan pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan ubat.  Kekadang kita akan ke klinik yang sama kerna sudah serasi dengan doktor di situ.  Kekadang kita sudah serasi dengan ubat yang sama menyebabkan pabila kita diberi ubat lain meskipun untuk penyakit yang sama kita tidak jua sembuh.  Ubat juga perlu serasi dengan tubuh kan. 
Hal ini cukup jelas dalam hubungan insani.  Seringkali kita kelihatan cukup padan dengan mereka yang disekeliling kita, namun dari aspek keserasian kita mungkin tidak mendapat apa yang kita harapkan.   
Dalam kalangan rakan FB sendiri, ada yang cukup serasi, ada yang cukup padan, justeru jika ada antara kita yang disingkirkan daripada senarai rakan Fb sesiapa,  mungkin kita tidak serasi untuk terus berkawan. Dan yang serasi itu pula tentunya yang sering diingati dengan cara tersendiri misalnya "tag" notes, klip video, foto-foto,hantar mesej dan sebagainya. (harap rakan-rakan FB saya itu rasa serasi juga dengan saya...) 
Keserasian dan kebahagian dua perkara yang subjektif yang hanya dapat kita menilainya kerana ia melibatkan rasa dan perasaan. Kebahagiaan tidak datang dengan pandangan zahir kerana  bahagia ialah rasa yang kita rasai.  Maka mulai hari ini marilah kita meletakkan keserasian sebagai antara kata kunci untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini.
Ku muatkan di sini beberapa komen daripada rakan-rakan FB untuk renungan bersama-sama.

Ramlee Wahab
Apa yang kita 'rasa' mungkin tidak dirasai oleh orang lain...sedemikian juga orang lain rasa tidak pula kita rasai; justeru itu, keserasian dan kepadanan adalah dua perkara yang berbeza...serasi ibarat dua orang penari misalnya (tarian tradisional, ballroom dancing, ballet, ice-skating, dan lain-lain) memerlukan keserasian dua pasangan mengalunkan rentak tarian mengikut muzik yang dialunkan. Sebegitu juga penyanyi perlu juga ada keserasian dengan lagu, suaranya mestilah dapat membawakan alunan lagu/irama, dan lain-lain. 
Tetapi, kepadanan itu berkait rapat dengan pakaian, misalnya tudung dengan pakaian adakah ia sama warna? Baju Melayu dan samping adakah ia sama warna juga?
Cucuk sanggul, dokoh, anting-anting, make-up, pakaian, dan lain-lain adakah berpadanan dengan tubuh dan wajah pengantin?
Sebegitu, salam berkarya (sastera-genre sajak/puisi, syair) misalnya pantun itu adakah berpadanan antara pembayang dan maksud? Sajak/puisi itu adakah berpadanan antara tajuk dan isinya dan seumpamanya?
Berpadanan biasanya dikaitkan juga dengan ibarat 'pinang dibelah dua'...manakala keserasian dikaitkan pula dengan ibarat 'isi dengan kuku'...demikianlah seadanya, wasallam! – Ramlee Wahab

Zay Almarz

Mungkin menurut saya..'serasi':searah,sejalan,kecocokan atau kesamaan..adalah usaha manusia untuk yang terbaik buat semua termasuk pasangan hidup..agar tidak terjadi ketimpangan dalam menjalani bahtera hidup..tapi pada hakikatnya kita berbeda,agar hidup jadi 'serasi',dibutuhkan keikhlasan..ikhlas untuk mengalah dalam mencapai yang terbaik tujuan bersama ..semoga. 
Zay Almarz



dia senyum aku senyum
dia suka aku pun suka
dia merajuk aku pujuk
dia marah aku rela
dia sendiri aku menyendiri
dia call aku sms
dia inbox aku outbox
aku dan dia dan serasi - Radi