BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 28, 2012

Cinta Selamanya....

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
(lirik lagu-Sedetik Lebih)

Mengambil lirik lagu ini sebagai pembuka bicara kali ini tentang Cinta selamanya. Asyik sekali bila dibuai cinta.
Februari ini, lebih tepat lagi 14 Februari sering dinanti-nantikan oleh pasangan yang sedang bercinta dan berkasih. Tarikh tersebut dikatakan menjadi simbol puncak cinta dan menzahirkan kasih sayang. Benarkah....? tepuk dada tanya selera....

Yang pastinya seiring dengan peningkatan usia kita kini semakin menyedari bahawa kasih sayang dan rasa cinta tidak ada had masa atau hari-hari tertentu. Setiap hari mesti diisi dengan cinta. Cuma bagaimana menunjukkan rasa cinta itu sahaja yang berbeza antara kita. 

Cinta itu milik setiap insan. Setiap orang berhak menikmatinya tidak kira usia, pangkat atau siapa anda.  Jika sewaktu muda remaja kita gagal memperoleh cinta sejati mana tahu pada usia sebegini (untuk rakan sebaya saya) bahagia itu milik kita. 

Cinta dalam diri manusia tidak pernah mengalami perubahan. Ia besar, suci, agung dan terus begitu sampai bila-bila. 
Justeru terus lah bercinta. Yang pastinya cinta yang paling agung ialah cinta kepada Allah yang satu.