BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 22, 2012

BATMAN

BATMAN merupakan karakter dicipta oleh artis Bob Kane dan penulis Bill Finger. Adiwira komik ini pertama kali muncul dalam Cetective Comics pada May 1939 dan sejak itu menjadi penampilan utama dalam setiap terbitan DC Comics.  Watak ini dikaitkan dengan watak "The Bat-Man" , "The Cape Crusader", "The Dark Knight" dan "The World Greatest Detective". 

Identiti rahsia Batman dikaitkan dengan watak Bruce Wayne seorang jutawan Amerika. Menyaksikan dengan matanya sendiri pembunuhan ibu bapanya semasa kecil beliau bersumpah untuk membalas dendam kepada kejahatan dan memastikan keamanan sejagat dicapai. Bruce Wayne melatih dan mempersiapkan dirinya dari aspek fizikal mahupun mental untuk mencapai hasratnya itu. Pakaian adiwira yang dipilihnya adalah bertemakan keluang. 

Adiwira Batman beroperasi di pekan fiksyen Gotham City  dan seringkali dibantu oleh watak sampingan yang lain  termasuklah watak rakan pembantu nya Robin, pembantu rumahnya Alfred Pennyworth, penguasa polis Jim Gordon dan wirawatinya Batgirl. Beliau berdepan dengan pelbagai watak jahat seperti Joker, Penguin, Riddler, Two Face, Poison Ivy dan Catwoman.

Tidak seperti adiwira yang lain, Batman tidak memiliki sebarang kuasa istimewa. Beliau tidak boleh terbang seperti Superman atau disengat labah-labah seperti Spiderman. Beliau menggunakan daya intelek, kemahiran menyiasat, sains dan teknologi, kekayaannya, kelebihan fizikalnya, seni mempertahankan diri, semangat serta azam nya memerangi kejahatan.

Bermula daripada adiwira di komik watak ini muncul di layar perak pada tahun 1940-an dengan judul Batman dan Batman and Robin.  Watak itu sekali lagi muncul dalam filem Batman pada tahun 1966 adaptasi dari siri tv pada tahun 1960-an Batman yang dilakonkan Adam West.

Pada akhir 1980-an, Studio Warner Bros mula menghasilkan beberapa siri filem Batman dengan beberapa pelakon yang memegang watak adiwira tersebut:

1989 – Batman – Michael Keaton
1992 – Batman Returns – Michael Keaton
1995 – Batman Forever – Val Kilmer
1997 – Batman and Robin – George Clooney
2005 – Batman Begins – Christian Bale
2008 – The Dark Knight – Christian Bale
2012 – The Dark Knight Rises  - Christian Bale (dirancang dikeluarkan musim panas 2012)

Watak ini pernah menjadi adiwira yang saya kagumi semasa kanak-kanak dahulu.  

*Nota ini sekadar bekongsi kisah zaman kanak-kanak....
mungkin sahabat FB juga punyai watak adiwira masing-masing semasa zaman kanak-kanak dulu.
Jom kongsi bersama-sama mengapa watak itu menjadi pilihan anda 

Sunday, January 1, 2012

1 Januari 2012

2012...bermula hari ini. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerna masih diberikan peluang meneruskan kehidupan/ Pastinya 2012 disambut dengan penuh harapan agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Setiap kali tahun baru, kita sibuk memperkatakan tentang azam. Namun yang seringkali berlaku azam hanya tinggal azam. Belum masuk bulan kedua semangat yang berkobar-kobar mulai suam-suam kuku. Menjelang bulan kelima azam hampir dilupakan. Kesudahannya segala azam tidak dapat dilaksanakan.

Apa kata kali ini kita mulakan dengan niat agar usaha yang ingin kita lakukan dipermudahkan. Jika timbul sebarang musibah atau halangan, moga dibukakan jalan untuk menyelesaikannya.

Cabaran yang menanti pada tahun 2012 ini pastinya lebih hebat dan mencabar. Lihat sahaja disekeliling kita. Meski kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku, sekurang-kurangnya kita bersedia dan mempersiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana setiap orang pasti melaluinya apabila tiba masanya.

SELAMAT TAHUN BARU 2012