BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 12, 2011

ALUMNI UNIVERSITI RAMADHAN


Syawal akan menjelang tidak lama lagi , justeru bulan Ramadhan berlalu pergi. Pergi meninggalkan kita  dan insyaAllah akan datang lagi pada tahun hadapan. Kita tidak tahu adakah kelak akan bertemu dengan Ramadhan , atau ternyata ini Ramadhan yang terakhir. Banyak saudara kita yang tidak berpeluang untuk merasai nikmat Ramadhan tahun ini kerna lebih dulu menemui Allah. Dek kerna itu kita patut bersyukur diberikan Allah SWT kesempatan bertemu Ramadhan pada tahun ini.

1 Syawal akan tiba, kita gembira pada saat yang sama kita sedih kerna harus berpisah dengan Ramadhan. Bayangkan sepanjang Ramadhan ini kita dihantarkan kepada nuansa ketaatan yang tidak terhingga.  Berpisah dengan Ramadhan memang tidak dapat dibandingkan dengan perpisahan yang lain. Berpisah dengan suasana rohani yang sangat kental dan menguatkan iman. Itulah yang membuat air mata kita harus menitis. Menitis kerna takut setelah berlalu Ramadhan suasana keimanan itu kembali lemah memburu dosa-dosa.

Berjayakah  kita  bergraduat daripada Universiti Ramadhan ? Kita  harapkan semua saudara Islam kita bergraduat dengan cemerlang lantas mendapat CGPA  pada tahap 4.0 semuanya.  Pastinya Universiti Ramadhan mampu melahirkan dan meluluskan alumni manusia yang jauh lebih baik.

Selamat hari raya, semoga Allah menerima amal-amal baik kita dan semoga dalam semua hari-hari sepanjang tahun kita selalu dalam kebaikan. Amin.



Sunday, September 11, 2011

Salam Syawal

Selamat Hari Raya
Maaf zahir dan batin

Friday, September 2, 2011

Syukur, Alhamdulillah

Syukur, Alhamdulillah

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun kita lalui pelbagai cabaran.  Gaji naik RM70 setahun sedangkan pelbagai barang naik  beberapa kali dalam setahun dalam kadar yang berlipat ganda pula.  Masalah sosial juga menjadi-jadi, bukan sahaja di luar rumah ,atau di jalan raya sementelahan di rumah juga ada bahayanya.  Stres sungguh dibuatnya. 

Kita bekerja 8 jam sehari malah ada antara kita lebih dari itu mencari wang buat meneruskan kehidupan.  Ada pula orang sibuk juga mengumpul harta tetapi dengan cara mengambil hak orang lain.  Senario ini juga mengundang stress.

Harta atau ketenangan hati?  Dua perkara yang jauh berbeza. Bagai langit dengan bumi, bagai warna hitam dengan dengan warna putih, begitu kontra adanya.  Percaya atau tidak banyak orang yang memiliki kesenangan material tetapi tidak mampu merasakan kebahagiaan dan ketenangan. Sewa bilik mewah di hotel bertaraf 5 bintang namun tidurnya tidak nyenyak jua.  Pada masa yang sama banyak orang yang bahagia dan tenang jiwanya meskipun harta yang dia ada secukup hidup cuma, tidurnya cuma beralaskan lengan cuma.  

Sifat qanaah ini mampu kita jadikan potensi positif dalam meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini cuma.  Qanaah , merupakan sikap merasa cukup dan redha atas kurnia dan rezeki yang dukurniakan Allah. Orang yang selalu bersyukur tidak akan stress melampau atau pening kepala pabila mengharungi dugaan dan halangan serta tekanan hidup.  Justeru bersyukur lah….




    • Ramlee Wahab ‎...memahami ekonomi kapitalis pada peringkat awal adalah jalan untuk menyelamatkan diri daripada terjerat dalam kancah stress yang berlebihan; jangan berhutang kalau mampu membeli tunai, berbelanja mengikut kemampuan diri, menyimpan lebihan wang atau melaburkannya untuk jangka panjang...:))





    • Radi Daros tidak dinafikan rezeki jangan ditolak ... tetapi atas dasar apakah perlu diambil dan ditolak pada perkara yang memberikan kita makan, minum dan kebahagiaan. rezeki datang dalam pelbagai rupa dan bentuk dimana platfom sama tetapi berlainan versi