BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 12, 2011

ALUMNI UNIVERSITI RAMADHAN


Syawal akan menjelang tidak lama lagi , justeru bulan Ramadhan berlalu pergi. Pergi meninggalkan kita  dan insyaAllah akan datang lagi pada tahun hadapan. Kita tidak tahu adakah kelak akan bertemu dengan Ramadhan , atau ternyata ini Ramadhan yang terakhir. Banyak saudara kita yang tidak berpeluang untuk merasai nikmat Ramadhan tahun ini kerna lebih dulu menemui Allah. Dek kerna itu kita patut bersyukur diberikan Allah SWT kesempatan bertemu Ramadhan pada tahun ini.

1 Syawal akan tiba, kita gembira pada saat yang sama kita sedih kerna harus berpisah dengan Ramadhan. Bayangkan sepanjang Ramadhan ini kita dihantarkan kepada nuansa ketaatan yang tidak terhingga.  Berpisah dengan Ramadhan memang tidak dapat dibandingkan dengan perpisahan yang lain. Berpisah dengan suasana rohani yang sangat kental dan menguatkan iman. Itulah yang membuat air mata kita harus menitis. Menitis kerna takut setelah berlalu Ramadhan suasana keimanan itu kembali lemah memburu dosa-dosa.

Berjayakah  kita  bergraduat daripada Universiti Ramadhan ? Kita  harapkan semua saudara Islam kita bergraduat dengan cemerlang lantas mendapat CGPA  pada tahap 4.0 semuanya.  Pastinya Universiti Ramadhan mampu melahirkan dan meluluskan alumni manusia yang jauh lebih baik.

Selamat hari raya, semoga Allah menerima amal-amal baik kita dan semoga dalam semua hari-hari sepanjang tahun kita selalu dalam kebaikan. Amin.



2 comments:

Unknown said...

Bila I bleh dtg Konvo ..? nk bik sijil nie..hehe..(insyakallah..teruslh berdoa agar kita sentiasa diberikan kesempatan olehNYA..Amin)

Mazura Sulaiman said...

Konvo kan pada 1 Syawal yg lalu...I nampak U kacak berbaju Melayu masa konvo tu.