BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 1, 2012

1 Januari 2012

2012...bermula hari ini. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerna masih diberikan peluang meneruskan kehidupan/ Pastinya 2012 disambut dengan penuh harapan agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Setiap kali tahun baru, kita sibuk memperkatakan tentang azam. Namun yang seringkali berlaku azam hanya tinggal azam. Belum masuk bulan kedua semangat yang berkobar-kobar mulai suam-suam kuku. Menjelang bulan kelima azam hampir dilupakan. Kesudahannya segala azam tidak dapat dilaksanakan.

Apa kata kali ini kita mulakan dengan niat agar usaha yang ingin kita lakukan dipermudahkan. Jika timbul sebarang musibah atau halangan, moga dibukakan jalan untuk menyelesaikannya.

Cabaran yang menanti pada tahun 2012 ini pastinya lebih hebat dan mencabar. Lihat sahaja disekeliling kita. Meski kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku, sekurang-kurangnya kita bersedia dan mempersiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana setiap orang pasti melaluinya apabila tiba masanya.

SELAMAT TAHUN BARU 2012 

2 comments:

Dzulkeple said...

Manusia ini telah diciptakan mempunyai naluri dan keinginan. Namun tidak semua keinginan kita akan tercapai. Sebagai manusia, kita telah berusaha diiringi dgn doa kepada Tuhan. Jangan kecewa dan sedih pada kegagalan. Tuhan Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Selamat beramal dan mencipta lebih kejayaan pada Tahun 2012.

Mazura Sulaiman said...

Doa yg sama utk anda Mr. Dzulkeple