BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 2, 2011

Syukur, Alhamdulillah

Syukur, Alhamdulillah

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun kita lalui pelbagai cabaran.  Gaji naik RM70 setahun sedangkan pelbagai barang naik  beberapa kali dalam setahun dalam kadar yang berlipat ganda pula.  Masalah sosial juga menjadi-jadi, bukan sahaja di luar rumah ,atau di jalan raya sementelahan di rumah juga ada bahayanya.  Stres sungguh dibuatnya. 

Kita bekerja 8 jam sehari malah ada antara kita lebih dari itu mencari wang buat meneruskan kehidupan.  Ada pula orang sibuk juga mengumpul harta tetapi dengan cara mengambil hak orang lain.  Senario ini juga mengundang stress.

Harta atau ketenangan hati?  Dua perkara yang jauh berbeza. Bagai langit dengan bumi, bagai warna hitam dengan dengan warna putih, begitu kontra adanya.  Percaya atau tidak banyak orang yang memiliki kesenangan material tetapi tidak mampu merasakan kebahagiaan dan ketenangan. Sewa bilik mewah di hotel bertaraf 5 bintang namun tidurnya tidak nyenyak jua.  Pada masa yang sama banyak orang yang bahagia dan tenang jiwanya meskipun harta yang dia ada secukup hidup cuma, tidurnya cuma beralaskan lengan cuma.  

Sifat qanaah ini mampu kita jadikan potensi positif dalam meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini cuma.  Qanaah , merupakan sikap merasa cukup dan redha atas kurnia dan rezeki yang dukurniakan Allah. Orang yang selalu bersyukur tidak akan stress melampau atau pening kepala pabila mengharungi dugaan dan halangan serta tekanan hidup.  Justeru bersyukur lah….




    • Ramlee Wahab ‎...memahami ekonomi kapitalis pada peringkat awal adalah jalan untuk menyelamatkan diri daripada terjerat dalam kancah stress yang berlebihan; jangan berhutang kalau mampu membeli tunai, berbelanja mengikut kemampuan diri, menyimpan lebihan wang atau melaburkannya untuk jangka panjang...:))





    • Radi Daros tidak dinafikan rezeki jangan ditolak ... tetapi atas dasar apakah perlu diambil dan ditolak pada perkara yang memberikan kita makan, minum dan kebahagiaan. rezeki datang dalam pelbagai rupa dan bentuk dimana platfom sama tetapi berlainan versi





2 comments:

azidee said...

hmmm dunia akhir zaman tu mazura ...kena banyak bersabar kan hehehehe :)

Mazura Sulaiman said...

Azidee...kita tak tahu bila sebenarnya ...benarkah dunia sudah pada aakhir zamannya. Entah2 baru bermula, hanya Allah yg mengetahuinya