Saturday, June 11, 2011
From Beijing with love
Posted by Mazura Sulaiman at Saturday, June 11, 2011 0 comments
Labels: From Beijing With Love
Saturday, May 21, 2011
Nilai dan kita
Aku masih ingat sewaktu kecil aku cuma diberi 20 sen sebagai wang saku oleh bapa ku ke sekolah. Dengan 20 sen itu aku dapat beli sepinggan nasi lemak dan segelas air sirap. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun silih berganti, kini dengan 20 sen agaknya apa sahaja yang boleh dibeli dengan 20 sen itu...Nak masuk tandas pun dah dikenakan 20 sen.
Renungkan pula nilai emas...
Biar sekecil mana pun emas...meski sehalus butiran pasir, tetap amat bernilai. Mungkin nilai sebutir emas itu melebihi daripada seuncang duit syiling.
Cuba kita renung pula nilai yang ada dalam diri serta kehidupan kita...
Misalnya nilai kasih sayang...mungkin kita tidak pernah menghargai nilai kasih sayang apabila kita mempunyai sepenuhnya, namun apabila ianya mula terbahagi kepada bahagian yang kecil kita mungkin rasa kehilangan yang teramat besar layaknya.
marilah kita sama-sama menilai erti "nilai" dalam kehidupan kita
Antara pendapat dan pandangan rakan-rakan FB untuk nota saya ini, diperturunkan di sini:
Kasih sayang...kebanyakan kita hanya menyedari NILAINYA hanya bila kita telah kehilangan pemberi kasih sayang tersebut...satu nota yg bagus Zura.- Natrah Mohamad
Bukan mudah memberikan kasih sementalahkan pula menerima sayang daripada seseorang...sebegitu pula kasih-sayang dibahagi-bahagikan dengan semudahnya, bukanlah kerja yang mudah...'nilai' itu berbeda-beda mengikut rasa dan selera masing-masing; tahap umur dan minda serta intelektualiti...mempengar uhi dan dipengaruhi kehidupan dan persekitaran...juga situasi persahabatan dan jalinan hubungan sesama insan di atas nama kemanusiaan.... :)
Pada pandangan sayalah, memang ada perbezaan antara 3 perkara ini...Cinta / Kasih / Sayang ....masing-masing mempunyai nilai tersendiri pada diri sipemberi dan sipenerima...jadi, kita sewajarnya bijak memberikan mana-mana perkara tadi disertai dengan nilai-nilai tertentu, agar tidak tersilap atau terkeliru...saling berinteraksi secara intim dan terbuka itu lebih mengurangkan/mengelakkan salah-faham atau salah-tafsir di kedua-dua belah pihak...'bagai gendang dengan tarinya'... :) - Ramlee Wahab
Ada 3 nilai yang Mazura fokus dalam notes ni.
1. Nilai 20sen - Bank Negara pun bertanggungjawab dalam hal ni sebab memperkenalkan 'rounded' concept. Dulu wang 1sen masih bernilai tetapi sekarang bukan sahaja tiada nilai malah tiada lagi wang syiling 1sen. Ini menjadi penyumbang kepada kenaikan harga. Contoh: patutnya harga secawan teh 99sen tapi dah tak pakai lagi wang 1sen, makan harganya ialah RM1. Bayangkan sepanjang ni, kita dah minum beratus cawan teh..
2. Nilai emas - memang benar emas begitu berharga sehingga ada pepatah mengatakan 'masa itu emas'. Emas menjadi petunjuk kepada nilaimatawang. Oleh yg demikian simpanlah emas untuk pelaburan.
3. Nilai diri sendiri atau nilai kasih sayang kita : Bagi sesetengah orang, tiada nilainya dan sebahagian yang lain mungkin tidak bernilai langsung. Terpulang kepada diri masing-masing. - Hamdan Ali
1. Nilai 20sen - Bank Negara pun bertanggungjawab dalam hal ni sebab memperkenalkan 'rounded' concept. Dulu wang 1sen masih bernilai tetapi sekarang bukan sahaja tiada nilai malah tiada lagi wang syiling 1sen. Ini menjadi penyumbang kepada kenaikan harga. Contoh: patutnya harga secawan teh 99sen tapi dah tak pakai lagi wang 1sen, makan harganya ialah RM1. Bayangkan sepanjang ni, kita dah minum beratus cawan teh..
2. Nilai emas - memang benar emas begitu berharga sehingga ada pepatah mengatakan 'masa itu emas'. Emas menjadi petunjuk kepada nilaimatawang. Oleh yg demikian simpanlah emas untuk pelaburan.
3. Nilai diri sendiri atau nilai kasih sayang kita : Bagi sesetengah orang, tiada nilainya dan sebahagian yang lain mungkin tidak bernilai langsung. Terpulang kepada diri masing-masing. - Hamdan Ali
Posted by Mazura Sulaiman at Saturday, May 21, 2011 0 comments
Sunday, May 1, 2011
Wanita berusia kahwin lelaki muda
Isu Majalah MIDI April tentang "Tiada aibnya wanita MIDI kahwin lelaki muda" menyebabkan saya terpanggil menulis nota di FB ini. Saya harapkan rakan-rakan FB yang saya hormati dan kasihi sudi berkongsi pandangan tentang isu ini.
Kisah Wook Kundur , wanita berusia yang bersuami muda di Terengganu menarik perhatian masyarakat satu ketika dahulu. Inilah yang dikatakan cinta itu buta, tak mengenal usia. Kalau hati dah suka, apa nak kata.
Jika lelaki berusia beristerikan gadis sebaya anaknya, itu perkara biasa. Namun jika lelaki muda beristerikan wanita sebaya ibunya mahu huru hara jadinya.
Apa pandangan atau pendapat atau mungkin nasihat yang akan anda beri sekiranya seseorang yang rapat dengan anda menyatakan beliau ingin :
mendirikan mahligai cinta dengan jejaka yang jauh lebih muda (jika wanita) atau
mendirikan mahligai bahagia dengan wanita lebih berusia (jika lelaki).
Ikhlaskah anda memberi pandangan?
Masyarakat hari ini semakin bersikap terbuka dalam banyak perkara. Pastinya kini kita tidak lagi sukar untuk menerima hakikat yang perbezaan usia atau status sosial bukan ukuran mutlak penentu kebahagiaan.
Kepada pasangan yang dalam kategori isu ini, anda pasangan yang berhak menikmati kebahagiaan yang luar biasa, walaupun anda telah melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan.

Posted by Mazura Sulaiman at Sunday, May 01, 2011 0 comments
Friday, March 11, 2011
Benarkah lelaki beristeri lebih menggoda ?
Persoalan ini mungkin mengundang rasa bimbang kepada wanita bergelar isteri di luar sana. Namun jika difikirkan kembali, mungkin ada kebenarannya. Senario dunia memaparkan beberapa contoh yang bukan sedikit tentang isu ini. Misalnya mana mungkin Angelina Jolie terpikat dengan Brad Pitt, Seniwati Norizan malah Seniwati Agung Saloma terpikat dengan Seniman Agung P. Ramlee dan yang terkini Fasha Sandha dan mantan buah hatinya Jejai sedangkan mereka telah tahu dan maklum lelaki yang disebut itu merupakan suami orang.(Mengemukakan contoh selebriti kerna mereka dikenali umum)
Realitinya, bukan hanya Angelina, Norizan, Saloma mahupun Fasha yang memiliki perasaan sedemikian terhadap suami orang. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan didapati wanita atau gadis sememangnya lebih tertarik dan tergoda pada lelaki yang sudah berumahtangga.
Bagi merungkai persoalan mengapa ini terjadi, seorang pakar psikologi bernama Anthony Little melakukan ujikaji dengan menggunakan ikan sebagai objek. Didapati ikan-ikan betina lebih tertarik kepada ikan jantan sewaktu pasangan nya berada disamping ikan jantan tersebut. Melihat kepada dunia realiti keadaan yang sama juga sebenarnya berlaku. Berdasarkan satu lagi kaji selidik yang diterbitkan dalam sebuah laman web didapati wanita yang diberikan foto lelaki tertarik kepada foto lelaki yang sudah beristeri.Sementara itu kaji selidik lain yang diterbitkan dalam sebuah jurnal Transactions of the Royal Society menemui satu jawapan yang agak berbeza namun motifnya masih sama. Hasil kaji selidik tersebut mendapati lelaki kelihatan lebih hebat dan menarik saat bergambar sambil dikelilingi wanita berbanding bersendirian atau bersama-sama kawan lelakinya.
Benarkah lelaki beristeri lebih menggoda…bukti dan contoh di atas jelas membuktikannya.
Fikir-fikirkan…
Posted by Mazura Sulaiman at Friday, March 11, 2011 0 comments
Wednesday, February 2, 2011
Keserasian dan Kebahagiaan
Buah yang sedap kadangkala tidak datang dengan kulit yang cantik dan bau yang menarik. Nikmat "sedap" tersebut berkait rapat dengan "rasa". Rasa ialah satu elemen yang sering kita bawa dalam diri tanpa pernah meninggalkannya walau sesaat jua dalam perjalanan hidup kita. Rasa adalah keserasian dan semestinya kita amat memerlukan keserasian dalam apa jua perkara yang kita lalui.
Keserasian vs Kepadanan
Keserasian juga perlu dalam hubungan insan. Keserasian amatlah berbeza dengan maksud kepadanan. Kadangkala kita merasakan kita cukup padan dengan pakaian yang kita beli tetapi apabila kita menggayakannya kita mungkin dapati kita tidak serasi dengannya. Ya...keserasian sebenarnya bersifat subjektif berbanding kepadanan yang bersifat konkrit.
Keserasian kunci kebahagiaan
Keserasian perlu dalam kerjaya kerana jika kita tidak serasi maknanya kerjaya yang kita lalui akan terasa bebannya biarpun ganjaran yang diperoleh cukup lumayan. Misalnya saya sendiri, setelah berbelas-belas tahun dengan kerjaya sebagai seorang pendidik di sekolah; menemukan keserasian meskipun sebagai pendidik juga tapi sebagai pendidik di IPG. Berbeza dengan seorang sahabat saya Puan Liza yang meskipun ditawarkan untuk berkhidmat di IPG namun lebih selesa dan serasi terus berada di sekolah.
Apabila kita sakit misalnya, kita akan pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan ubat. Kekadang kita akan ke klinik yang sama kerna sudah serasi dengan doktor di situ. Kekadang kita sudah serasi dengan ubat yang sama menyebabkan pabila kita diberi ubat lain meskipun untuk penyakit yang sama kita tidak jua sembuh. Ubat juga perlu serasi dengan tubuh kan.
Hal ini cukup jelas dalam hubungan insani. Seringkali kita kelihatan cukup padan dengan mereka yang disekeliling kita, namun dari aspek keserasian kita mungkin tidak mendapat apa yang kita harapkan.
Dalam kalangan rakan FB sendiri, ada yang cukup serasi, ada yang cukup padan, justeru jika ada antara kita yang disingkirkan daripada senarai rakan Fb sesiapa, mungkin kita tidak serasi untuk terus berkawan. Dan yang serasi itu pula tentunya yang sering diingati dengan cara tersendiri misalnya "tag" notes, klip video, foto-foto,hantar mesej dan sebagainya. (harap rakan-rakan FB saya itu rasa serasi juga dengan saya...)
Keserasian dan kebahagian dua perkara yang subjektif yang hanya dapat kita menilainya kerana ia melibatkan rasa dan perasaan. Kebahagiaan tidak datang dengan pandangan zahir kerana bahagia ialah rasa yang kita rasai. Maka mulai hari ini marilah kita meletakkan keserasian sebagai antara kata kunci untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini.Ku muatkan di sini beberapa komen daripada rakan-rakan FB untuk renungan bersama-sama.
![]() |
| Ramlee Wahab |
Apa yang kita 'rasa' mungkin tidak dirasai oleh orang lain...sedemikian juga orang lain rasa tidak pula kita rasai; justeru itu, keserasian dan kepadanan adalah dua perkara yang berbeza...serasi ibarat dua orang penari misalnya (tarian tradisional, ballroom dancing, ballet, ice-skating, dan lain-lain) memerlukan keserasian dua pasangan mengalunkan rentak tarian mengikut muzik yang dialunkan. Sebegitu juga penyanyi perlu juga ada keserasian dengan lagu, suaranya mestilah dapat membawakan alunan lagu/irama, dan lain-lain.
Tetapi, kepadanan itu berkait rapat dengan pakaian, misalnya tudung dengan pakaian adakah ia sama warna? Baju Melayu dan samping adakah ia sama warna juga?
Cucuk sanggul, dokoh, anting-anting, make-up, pakaian, dan lain-lain adakah berpadanan dengan tubuh dan wajah pengantin?
Sebegitu, salam berkarya (sastera-genre sajak/puisi, syair) misalnya pantun itu adakah berpadanan antara pembayang dan maksud? Sajak/puisi itu adakah berpadanan antara tajuk dan isinya dan seumpamanya?
Berpadanan biasanya dikaitkan juga dengan ibarat 'pinang dibelah dua'...manakala keserasian dikaitkan pula dengan ibarat 'isi dengan kuku'...demikianlah seadanya, wasallam! – Ramlee Wahab
Cucuk sanggul, dokoh, anting-anting, make-up, pakaian, dan lain-lain adakah berpadanan dengan tubuh dan wajah pengantin?
Sebegitu, salam berkarya (sastera-genre sajak/puisi, syair) misalnya pantun itu adakah berpadanan antara pembayang dan maksud? Sajak/puisi itu adakah berpadanan antara tajuk dan isinya dan seumpamanya?
Berpadanan biasanya dikaitkan juga dengan ibarat 'pinang dibelah dua'...manakala keserasian dikaitkan pula dengan ibarat 'isi dengan kuku'...demikianlah seadanya, wasallam! – Ramlee Wahab
![]() |
| Zay Almarz |
Mungkin menurut saya..'serasi':searah,seja lan,kecocokan atau kesamaan..adalah usaha manusia untuk yang terbaik buat semua termasuk pasangan hidup..agar tidak terjadi ketimpangan dalam menjalani bahtera hidup..tapi pada hakikatnya kita berbeda,agar hidup jadi 'serasi',dibutuhkan keikhlasan..ikhlas untuk mengalah dalam mencapai yang terbaik tujuan bersama ..semoga.
– Zay Almarz
![]() |
dia senyum aku senyum
dia suka aku pun suka
dia merajuk aku pujuk
dia marah aku rela
dia sendiri aku menyendiri
dia call aku sms
dia inbox aku outbox
aku dan dia dan serasi - Radi
dia suka aku pun suka
dia merajuk aku pujuk
dia marah aku rela
dia sendiri aku menyendiri
dia call aku sms
dia inbox aku outbox
aku dan dia dan serasi - Radi
Posted by Mazura Sulaiman at Wednesday, February 02, 2011 4 comments
Tuesday, January 25, 2011
Ilham ku, Ilham mu akhirnya menyatu
![]() |
| Mazura Sulaiman |
bisa menyatu menjadi satu
satu yang menjadi penentu
dua jiwa
dua rindu
dua kalbu
bisakah menjadi pengubat rindu
untuk mereka-mereka
yang dilanda gelora cinta syahdu
![]() |
| Zaini Sh |
Semakin jauh semakin rindu
mahu bersatu di alam rindu
biar ketemu kau dan aku
walau jauh beribu batu
kerana kasih tak tentu jemu
Berlagulah kasih dendangkan rindu
mahu kudengar mengubat sendu
terlalu lama mengunci dendam kalbu
menunggu di sini nanti kehadiranmu
![]() |
| Gee Ahmad |
Bila bicara ..bicara rindu
rindu bersatu kau dan aku
menyinari kalbu tak pernah jemu
Menjauh kasih tidak mungkin terdaya
indah bicara damai terasa
![]() |
| Kris Ng |
akan ku tunggu
di malam salju
agar kau dan aku
menghilangkan rindu
ilham
kemana dikau pergi
lama sudah ku nanti
berjanji sehidup semati
namun aku ternanti-nanti
ilham
janji dikau engkar
buat teman ku hindar
ilham
aku dimarahi
aku disakiti
kerana kau dia menghilang tiada pengganti
Terima kasih teman...ilhamku, ilham mu, ilham kita...akhirnya menyatu.
Posted by Mazura Sulaiman at Tuesday, January 25, 2011 3 comments
Wednesday, January 5, 2011
Tahun ini usiaku...
Gembira, sedih atau malu ?
Kehidupan di dunia ini tiada yang akan kekal abadi selama-lamanya. Semua orang akan melalui proses penuaan sekiranya ditakdirkan Allah kita panjang umur. Kita memohon kepada Allah supaya dipanjangkan usia kita tetapi dalam masa yang sama kita takut menjadi tua. Justeru bagaimanakah penerimaan kita terhadap peningkatan usia?
Ada orang malu untuk mengaku usianya sudah pun mencecah angka tertentu. Peningkatan usia menandakan kita semakin tua dan semakin menghampiri gelaran warga emas.
Sebaliknya ada orang yang semakin gembira apabila usia mereka bertambah dari tahu ke tahun. Mereka menghadapi kehidupan seperti biasa. Penurunan hormon dan panggilan makcik atau pakcik diterima dengan hati terbuka. Mereka tetap positif dan menjadikan isu ini sebagai satu lumrah alam.
Penuaan ialah proses semulajadi yang tetap akan berlaku. Walau apa juga yang terjadi di dunia ini masa tetap berjalan tanpa henti sehingga lah Allah menetapkan bila berlakunya hari kiamat. Justeru, seseorang itu tidak dapat menolak proses penuaan. Menurut Dr. Aizan Hj Ali pensyarah di Akademi Pengajian Islam , UM, penuaan ialah salah satu istilah bagi menunjukkan hakikat yang satu iaitu sifat semulajadi makhluk yang tidak kekal. Fenomena ini sebagai bukti nyta bahawa kehidupan kita adalah sementara (fana) dan berlawanan dengan sifat Allah yang kekal (baqa') . Proses penuaan boleh lah kita katakan merupakan salah satu ujian Allah terhadap sikap reda dan syukur. Kita sebelum ini telah diberikan peluang untuk muda.
Minda atau emosi adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian apabila usia semakin meningkat. jangan sesekali terasa diri sudah tidak berguna, sudah tidak cantik lagi dan semakin buruk. Kulit yang semakin kendur, urat-urat yang semakin menonjol hanyalah ciri-ciri luaran walhal seiring dengan peningkatan usia diri kita semakin bertambah pengalaman dan kematangan. Teringat pula saya kepada bait-bait sajak Kelapa Tua oleh salah seorang sahabat FB saya Tuan Ramlee Wahab. Bagi orang lelaki pabila usia semakin meningkat, mereka menjadi rebutan ramai anak gadis. Benarkah?? Pada saya ada benarnya juga (sekadar memberi semangat kepada orang lelaki agar menerima proses peningkatan usia dengan positif).
Bersedia lah kita menghadapi hari tua dengan ilmu dan amal yang baik bagi meningkatkan kualiti iman serta kehidupan. Sesungguhnya mereka yang gagal membuat persedaan ialah individu yang telah gagal sebelum sampai ke medan perjuangan.
Rakan FB saya Tn. Ramlee Wahab memberi komen berikut :
Saya terpanggil melontarkan bicara kerana catatan penulis ada memetik buah fikiran (karya Kelapa Tua) saya (jutaan terima kasih-Maz) Saya sekadar berkarya, melontar idea sekadar 'bermain-main' dengan bahasa dan mahu berkongsi rasa dan pendapat dengan para sahabat. ‘Tua’, satu istilah yang klise sekiranya kita tidak dapat memandang daripada pelbagai sisi kehidupan dan kenyataan hari tua itu. Adakah usia 80-70-60-50 itu dianggap tua dan mengapa fobia bagi sesetengah kita soal menghadapi usia sedemikian?
Karya saya menyatakan sebuah fragmen kehidupan seseorang yang dikira atau dianggap tua tetapi sebenarnya pada dirinya (atau sesiapa juga) tua itu cuma istilah ciptaan bukan pembuktian sesuatu teori. Soal Ilahi itu, sejak kecil sewajarnya kita sudah mengabdikan diri terhadap Ilahi, bukan menunggu saat dan ketika lanjut usia. Sewajarnya waktu mudalah kita perlu waspada (jangan banyak melakukan dosa) khuatir tak terlunaskan kelak (itupun kalau panjang umur)
Soalnya sekarang, adakah tua seseorang itu mendatangkan 'kemanfaatan' kepada masyarkat atau sebaliknya. Itu wajar untuk kita renung dan fikirkan. Pada saya, tua itu berkaitan rapat dengan 'kematangan' (kerana telah menempuh pelbagai pengalaman) sebab itu ada perempuan (dara atau pun janda) berasa selesa bersama-sama lelaki yang telah lanjut umurnya, kerana mereka tidak lagi bersikap 'keanak-anakkan' atau berperangai 'kebudak-budakan' malah statistik zaman sekarang menunjukkan jumlah perceraian umur muda itu semakin meningkat saban tahun nah! petanda apa ini sebenarnya?
Karya saya...(bukan sekadar perkataan-mudah-mudah saja) bagi mereka yang mahu membuka mata dan berfikiran 3 dimensi serta merenung dengan matahati dan melihat jauh kehadapan dengan matafikir tentunya akan menemukan sesuatu yang sebenarnya terlalu 'intim' dengan jiwa dan perasaan sendiri kalau bukan masa lalu, mungkin masakini dan paling tidak masa hadapan. Apakah kita mahu mengakui itu (jujur dengan diri sendiri...terpulang) salam hormat para sahabat dan Mazura juga.
SAJAK: KELAPA TUA
Sedap satu tambahnya dua
'Orang lama' belumlah 'tua'
Abang kampung adik universiti
Manfaatkanlah ilmu nan tinggi.
Kerana fitrah abang ini adil
Kasih abang umpama kandil
Fikiran tidaklah selicik Kancil
Takdir Tuhan sudah memanggil.
Untukmu 'pertama' segala-galanya
Jadilah contoh kepada 'kedua'
Berbaik sangka umur pun panjang
Hati lapang jiwa pun tenang.
Kalau rezeki zahir berlebih
Wajar abang cuba menggagih
Jangan adik menjadi haloba
Hukum Tuhan jangan dialpa.
Makan hati berulam jantung
Berpoligami membawa untung
Seorang uzur boleh berehat
Yang sihat boleh merawat.
Berplogami menghindar maksiat
Hasrat jahat boleh disekat
Kurang andartu terbela masyarakat
Tua dan muda mendapat berkat.
Ikutilah contoh isteri Nabi
Hidup bersama restu Ilahi
Aman bahagia di ruang duniawi
Balasan senang di alam syurgawi.
Diri adik abang sanjungi
Usah gerhana berwalang hati
Musyawarah kita hayati
Perkara kasar kita perhalusi.
Kalau takdir sudah tersurat
Tiada siapa dapat menyekat
Mencari tidak dapat tak lepas
Nafsu terkawal bukannya bebas.
Marilah bersama kita renungkan
Telek pandang kita fikirkan
Kejadian ada rahmat dan hikmah
Penting segalanya mengikut sunnah.
Nukilan:Ramlee(Nakhoda)
Hakcipta Terpelihara.
Posted by Mazura Sulaiman at Wednesday, January 05, 2011 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)











