BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 21, 2011

Nilai dan kita

Aku masih ingat sewaktu kecil aku cuma diberi 20 sen sebagai wang saku oleh bapa ku ke sekolah. Dengan 20 sen itu aku dapat beli sepinggan nasi lemak dan segelas air sirap. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun silih berganti, kini dengan 20 sen agaknya apa sahaja  yang boleh dibeli dengan 20 sen itu...Nak masuk tandas pun dah dikenakan 20 sen. 

Renungkan pula nilai emas...
Biar sekecil mana pun emas...meski sehalus butiran pasir, tetap amat bernilai. Mungkin nilai sebutir emas itu melebihi daripada seuncang duit syiling.

Cuba kita renung pula nilai yang ada dalam diri serta kehidupan kita...
Misalnya nilai kasih sayang...mungkin kita tidak pernah menghargai nilai kasih sayang apabila kita mempunyai sepenuhnya, namun apabila ianya mula terbahagi kepada bahagian yang kecil kita mungkin rasa kehilangan yang teramat besar layaknya.

marilah kita sama-sama menilai erti "nilai" dalam kehidupan kita
Antara pendapat dan pandangan rakan-rakan FB untuk nota saya ini, diperturunkan di sini:

Kasih sayang...kebanyakan kita hanya menyedari NILAINYA hanya bila kita telah kehilangan pemberi kasih sayang tersebut...satu nota yg bagus Zura.- Natrah Mohamad

Bukan mudah memberikan kasih sementalahkan pula menerima sayang daripada seseorang...sebegitu pula kasih-sayang dibahagi-bahagikan dengan semudahnya, bukanlah kerja yang mudah...'nilai' itu berbeda-beda mengikut rasa dan selera masing-masing; tahap umur dan minda serta intelektualiti...mempengaruhi dan dipengaruhi kehidupan dan persekitaran...juga situasi persahabatan dan jalinan hubungan sesama insan di atas nama kemanusiaan.... :) 
Pada pandangan sayalah, memang ada perbezaan antara 3 perkara ini...Cinta / Kasih / Sayang ....masing-masing mempunyai nilai tersendiri pada diri sipemberi dan sipenerima...jadi, kita sewajarnya bijak memberikan mana-mana perkara tadi disertai dengan nilai-nilai tertentu, agar tidak tersilap atau terkeliru...saling berinteraksi secara intim dan terbuka itu lebih mengurangkan/mengelakkan salah-faham atau salah-tafsir di kedua-dua belah pihak...'bagai gendang dengan tarinya'... :) - Ramlee Wahab

 Ada 3 nilai yang Mazura fokus dalam notes ni.
1. Nilai 20sen - Bank Negara pun bertanggungjawab dalam hal ni sebab memperkenalkan 'rounded' concept. Dulu wang 1sen masih bernilai tetapi sekarang bukan sahaja tiada nilai malah tiada lagi wang syiling 1sen. Ini menjadi penyumbang kepada kenaikan harga. Contoh: patutnya harga secawan teh 99sen tapi dah tak pakai lagi wang 1sen, makan harganya ialah RM1. Bayangkan sepanjang ni, kita dah minum beratus cawan teh..
2. Nilai emas - memang benar emas begitu berharga sehingga ada pepatah mengatakan 'masa itu emas'. Emas menjadi petunjuk kepada nilaimatawang. Oleh yg demikian simpanlah emas untuk pelaburan.
3. Nilai diri sendiri atau nilai kasih sayang kita : Bagi sesetengah orang, tiada nilainya dan sebahagian yang lain mungkin tidak bernilai langsung. Terpulang kepada diri masing-masing. - Hamdan Ali




0 comments: