BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 22, 2011

Sahabat atau kawan

Orang kata kawan dan sahabat ialah dua perkara berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama-sama. Malah dalam ungkapan Melayu kita sering mendengar kata-kata seperti “Waktu senang ramai kawan menghampiri, tetapi waktu kita susah ramai kawan lari” dan “Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah nak dapat”.


Persahabatan tidak terjalin secara tiba-tibatetapi memerlukan proses yang panjang. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihiburkan., disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu dan ditolak. Namun semua ini adalah asam garam sebuah persahabatan. Kerinduan menjadi sebahagian daripada proses menjalin persahabatan.

Semua orang pasti mendambakan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Ramai juga yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang kecewa kernana dikhianati sahabatnya.
Mempunyai sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri.  Memang tidak ramai antara kita yang mempunyai sahabat. Yang ramainya ialah kawan. Namun bersyukurlah. Bayangkan jika ramai musuh…

Yang pastinya setiap dari kita sekurang-kurangnya mempunyai seorang sahabat yang boleh kita berkongsi segala cerita.Sahabat itu sudah tentu kita percayakan sepenuh hati.  Sebagai seorang sahabat pula selayakanya dia memegang segala amanah, menyimpan segala rahsia sahabatnya itu.

Kepercayaan merupakan antara perkara penting dalam bersahabat. Hilangnya kepercayaan sahabat kepada kita meruntuhkan tali persahabatan. Dilabel sebagai  ‘tidak amanah’ atau ‘ tidak boleh dipercayai’ amat menyakitkan. Lalu bagaimana selayaknya kita dapat menjadi seorang sahabat ?
Fikir-fikirkan…

0 comments: