BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 30, 2013

Erti di sebalik kacak/cantik...??

aru-baru ni heboh pasal kisah 3 pemuda dari Abu Dhabi dihalau dari Festival Kebudayaan Dan Adat Jenadrivah di Arab Saudi kerana terlalu kacak.  Alasannya... kerana para suami di Arab Saudi khuatir isteri mereka akan jatuh cinta dengan lelaki-lelaki kacak dan tampan ini sekiranya mereka  terus tinggal di negara itu.

Salah seorang daripadanya adalah Omar Borkan Al Gala. Dia seorang jurugambar fesyen, pelakon serta pemuisi dari Dubai.
 Kebanyakan dari kita mungkin akan merasakan bahawa kita tidak cukup menarik. Setiap manusia mahu, teringin dan akan mencuba untuk kelihatan cantik atau kacak pada satu tahap tertentu. Tidak kisah anda muda, remaja atau tua – anda mahu kelihatan cantik, kacak dan menarik pada pandangan individu lain. 

Jika penampilan luaran diambil kira, sudah semestinya anda mahukelihatan cantik atau kacak dari pelbagai aspek, terutamanya yang berkaitan dengan“penampilan diri” anda. Maka untuk kelihatan sedemikian  anda akan mula menjaga dandanan (grooming), anda akan menjaga aspek permakanan anda, menjaga gaya dan trend pemakaian dan anda akan melakukan pelbagai perkara untuk kekal cantik atau kacak. Itu  merupakan fakta dalam dunia moden 

Namun persoalannya adakah kecantikan atau kekacakan  itu hanya dinilai dari aspek luaran –penampilan, dandanan, bentuk badan, penjagaan diri dan sebagainya. Bagaimana pula dengan aspek lain yang berkaitan dengan diri anda, iaitu kecantikan dalaman seperti nilai keagamaan, nilai diri dan sebagainya

Pada aku - Semuanya bermula dari dalam – baik, buruk, hodoh, kacak, cantik dan sebagainya adalah penilaian manusia yang subjektif. Ada perkara yang anda rasakan baik di pandangan anda tetapi tidak di pandangan individu lain. Begitu juga kecantikan serta kekacakan, penilaian sebegini adalah bersifat subjektifdan berbeza antara individu. Namun kecantikan dalaman adalah melebihi segalanya. 
  
Kepada sahabat wanita...apa erti cantik/kacak bagi anda?
Kepada sahabat lelaki...apa erti kacak/cantik bagi anda.

( sahabat wanita : adakah Omar begitu kacak?....)
Pada aku....biasa je, sebab aku tak suka lelaki Arab.

0 comments: