BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 22, 2013

BERCINTA DI HUJUNG USIA


Pernah dengar lagu nyanyian kumpulan Mojo, “Andai ku bercinta lagi”….
Kepada golongan muda, jika bercinta lagi…sudah jadi lumrah. Bagaimana dengan kita yang sudah berusia 40-an….bayangkan. Bertemu seseorang pada usia melangkau 40-an lalu jatuh cinta padanya. Lucu ?  Fantasi ? Realiti ? atau apa….

Rasanya tidak salah untuk bercinta lagi pada usia begini kepada yang solo, ibu tunggal, mahu pun bapa tunggal tetapi kepada yang bergelar isteri atau suami….mohon dielakkan, hehe.

Pada saya, andainya kita bercinta pada  usia 40-an, jagalah tatasusila dan batas-batas yang sepatutnya. Berusaha lah agar  hubungan yang terjalin diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Pastinya pengalaman lalu banyak mengajar diri untuk bertindak lebih matang. Jika dulu sewaktu muda remaja hubungan cinta terputus di tengah jalan, mungkin kerna kurang matang dari segi sikap, pemikiran dan usia. Kini apabila bercinta lagi , anda sudah cukup dewasa untuk menilai mana yang baik, mana yang buruk. Buka lah hati untuk menerima si dia dengan ikhlas.

Pada usia begini, kita bukan lagi mencari teman hidup semata-mata tetapi juga seseorang yang dapat berkongsi suka duka, saling melengkapi dan seiring dalam melalui hari-hari mendatang.

Cinta zaman remaja mungkin berbeza dengan cinta pertengahan usia, namun kedua-duanya masih sama iaitu berkaitan dengan soal hati dan perasaan. Tidak kira berapa usia kita, seseorang  itu tetap memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada orang yang rapat dengannya.  Ia merupakan satu ketenangan dalam hidup.

Bagi masyarakat pula, usah dipandang serong pada wanita mahu pun lelaki separuh usia yang ingin mendirikan mahligai kasih. Jika ada jodoh untuk nya, berikan sokongan. Mereka berhak mengecap kebahagiaan.

0 comments: