Mazura Sulaiman |
bisa menyatu menjadi satu
satu yang menjadi penentu
dua jiwa
dua rindu
dua kalbu
bisakah menjadi pengubat rindu
untuk mereka-mereka
yang dilanda gelora cinta syahdu
Zaini Sh |
Semakin jauh semakin rindu
mahu bersatu di alam rindu
biar ketemu kau dan aku
walau jauh beribu batu
kerana kasih tak tentu jemu
Berlagulah kasih dendangkan rindu
mahu kudengar mengubat sendu
terlalu lama mengunci dendam kalbu
menunggu di sini nanti kehadiranmu
Gee Ahmad |
Bila bicara ..bicara rindu
rindu bersatu kau dan aku
menyinari kalbu tak pernah jemu
Menjauh kasih tidak mungkin terdaya
indah bicara damai terasa
Kris Ng |
akan ku tunggu
di malam salju
agar kau dan aku
menghilangkan rindu
ilham
kemana dikau pergi
lama sudah ku nanti
berjanji sehidup semati
namun aku ternanti-nanti
ilham
janji dikau engkar
buat teman ku hindar
ilham
aku dimarahi
aku disakiti
kerana kau dia menghilang tiada pengganti
Terima kasih teman...ilhamku, ilham mu, ilham kita...akhirnya menyatu.
3 comments:
Zaini, Gee, Kris, Radi dan Haziq...ilham kalian memang hebat.
Salam..
Akhirnya dapat juga letakkan komen di sini..
Terima kasih atas kerajinan Maz membuat idea gabungan puisi-puisi para sahabat di bolg anda.
Semoga persahabatan ini terus terjalin dengan seribu keindahan
Amat hargai.
Sama-sama.
yang pastinya tanpa ilham drp rakan2,ilham saya mungkin tidak seindah ilham kita bersama-sama
Post a Comment