Akhirnya, Aku Milik Si Ratu
(Oleh : Reza Mell)Akhirnya Ratu mahu memandangkudan dari lirik lirik rahsia lembutpandangan mata Ratuantara rindu dan cemburu aku karangkansebuah cinta jujur,paling manislaksana yang termanisCinta hijau yang menggoda leraikanderita akar rasadan resah api hawaCinta manis jujuruntuk kamuduhai - si Ratu aku.
Dari lembut basah merah resahnya bibirmu si Ratuaku lorekkan sebulan purnamakasih suci,paling suci,laksana yang terjernihputih yang membongkarkan segala dengki dan irimenandakan aku kiniselama apapun yang kekaltulus dan kudus aku serahkan akupada sanubarinya si Ratu.
Mimpi ini Ratumembawa duka gelisah sepitanpa akuhanyut ke kakilangit.
Akhirnya, Aku Milik Si Ratu
(Oleh : Reza Mell)
Akhirnya Ratu mahu memandangku
dan dari lirik lirik rahsia lembut
pandangan mata Ratu
antara rindu dan cemburu
aku karangkan
sebuah cinta jujur,
paling manis
laksana yang termanis
Cinta hijau yang menggoda leraikan
derita akar rasa
dan resah api hawa
Cinta manis jujur
untuk kamu
duhai - si Ratu aku.
Dari lembut basah merah resahnya bibirmu si Ratu
aku lorekkan sebulan purnama
kasih suci,
paling suci,
laksana yang terjernih
putih yang membongkarkan
segala dengki dan iri
menandakan aku kini
selama apapun yang kekal
tulus dan kudus
aku serahkan aku
pada sanubarinya si Ratu.
Mimpi ini Ratu
membawa duka gelisah sepi
tanpa aku
hanyut ke kaki
langit.
Akhirnya, Ratu Mu ini Milikmu Jua.
(Oleh : Mazura Sulaiman)
Mulanya
Kita cuma memandang dan membisu
Pandangan mata ku dan mata mu
telah menyatu dua jiwa tanpa sepatah bicara
Kita fahami erti lirik mata
Arjuna dan Ratunya
Itulah kita...
Kita berdua
Itukah namanya cinta
itukah namanya bahagia
Jika benar...
Sungguh indah rupanya
Dalam diam itu
kau dan aku tahu
kau milik ku
dan
aku milik mu
* Reza Mell merupakan antara sahabat FB saya yang aktif berkarya. Terima kasih Reza kerana mengizinkan saya meletakkan sajak di atas dalam blog ini. Sekali lagi, terima kasih daun keladi.
0 comments:
Post a Comment