BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 26, 2012

10 Sebab dilarang bercinta dengan suami orang


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur.  Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN BOOMERANG KESALAHAN
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Wednesday, April 18, 2012

KHASIAT EPAL HIJAU

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
*Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia 
 boron) pada mineral tulang.
*Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan
 mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.
* Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:

- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah:

- Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Friday, March 23, 2012

Jalan-Jalan Sabah, Labuan, Brunei Disember 2011

Tuesday, March 20, 2012

Sahabat ku...Dia.

Benarkah wanita dan lelaki tidak boleh menjalinkan hubungan persahabatan tanpa ikatan cinta ?
Wajarkah jantina menjadi ukuran dalam persahabatan?

Kasih seorang sahabat dan sayang seorang kekasih ialah dua perkara yang berbeza.Hubungan persahabatan merupakan suatu anugerah kepada makhluk di bumi ini yang tidak ternilai harganya.  Kepentingan sahabat memang tidak dapat dinafikan. Amat malang lah kehidupan seseorang itu jika tidak mempunyai sahabat sejati sebagai teman berkongsi kegembiraan serta meluahkan permasalahan

Tidak semestinya hubungan baik antara lelaki dan wanita perlu ada unsur cinta. Tetapi yang perlu ada dalam hubungan persahabatan dua jantina yang berbeza ialah keikhlasan dan kejujuran. Bukan sahaja antara mereka tetapi juga keluarga mereka terutama yang sudah bersuami atau beristeri. Lalu dengan hubungan ini tidak disalah ertikan.

Fikir-fikirkan

Tuesday, February 28, 2012

Cinta Selamanya....

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
(lirik lagu-Sedetik Lebih)

Mengambil lirik lagu ini sebagai pembuka bicara kali ini tentang Cinta selamanya. Asyik sekali bila dibuai cinta.
Februari ini, lebih tepat lagi 14 Februari sering dinanti-nantikan oleh pasangan yang sedang bercinta dan berkasih. Tarikh tersebut dikatakan menjadi simbol puncak cinta dan menzahirkan kasih sayang. Benarkah....? tepuk dada tanya selera....

Yang pastinya seiring dengan peningkatan usia kita kini semakin menyedari bahawa kasih sayang dan rasa cinta tidak ada had masa atau hari-hari tertentu. Setiap hari mesti diisi dengan cinta. Cuma bagaimana menunjukkan rasa cinta itu sahaja yang berbeza antara kita. 

Cinta itu milik setiap insan. Setiap orang berhak menikmatinya tidak kira usia, pangkat atau siapa anda.  Jika sewaktu muda remaja kita gagal memperoleh cinta sejati mana tahu pada usia sebegini (untuk rakan sebaya saya) bahagia itu milik kita. 

Cinta dalam diri manusia tidak pernah mengalami perubahan. Ia besar, suci, agung dan terus begitu sampai bila-bila. 
Justeru terus lah bercinta. Yang pastinya cinta yang paling agung ialah cinta kepada Allah yang satu.





Sunday, January 22, 2012

BATMAN

BATMAN merupakan karakter dicipta oleh artis Bob Kane dan penulis Bill Finger. Adiwira komik ini pertama kali muncul dalam Cetective Comics pada May 1939 dan sejak itu menjadi penampilan utama dalam setiap terbitan DC Comics.  Watak ini dikaitkan dengan watak "The Bat-Man" , "The Cape Crusader", "The Dark Knight" dan "The World Greatest Detective". 

Identiti rahsia Batman dikaitkan dengan watak Bruce Wayne seorang jutawan Amerika. Menyaksikan dengan matanya sendiri pembunuhan ibu bapanya semasa kecil beliau bersumpah untuk membalas dendam kepada kejahatan dan memastikan keamanan sejagat dicapai. Bruce Wayne melatih dan mempersiapkan dirinya dari aspek fizikal mahupun mental untuk mencapai hasratnya itu. Pakaian adiwira yang dipilihnya adalah bertemakan keluang. 

Adiwira Batman beroperasi di pekan fiksyen Gotham City  dan seringkali dibantu oleh watak sampingan yang lain  termasuklah watak rakan pembantu nya Robin, pembantu rumahnya Alfred Pennyworth, penguasa polis Jim Gordon dan wirawatinya Batgirl. Beliau berdepan dengan pelbagai watak jahat seperti Joker, Penguin, Riddler, Two Face, Poison Ivy dan Catwoman.

Tidak seperti adiwira yang lain, Batman tidak memiliki sebarang kuasa istimewa. Beliau tidak boleh terbang seperti Superman atau disengat labah-labah seperti Spiderman. Beliau menggunakan daya intelek, kemahiran menyiasat, sains dan teknologi, kekayaannya, kelebihan fizikalnya, seni mempertahankan diri, semangat serta azam nya memerangi kejahatan.

Bermula daripada adiwira di komik watak ini muncul di layar perak pada tahun 1940-an dengan judul Batman dan Batman and Robin.  Watak itu sekali lagi muncul dalam filem Batman pada tahun 1966 adaptasi dari siri tv pada tahun 1960-an Batman yang dilakonkan Adam West.

Pada akhir 1980-an, Studio Warner Bros mula menghasilkan beberapa siri filem Batman dengan beberapa pelakon yang memegang watak adiwira tersebut:

1989 – Batman – Michael Keaton
1992 – Batman Returns – Michael Keaton
1995 – Batman Forever – Val Kilmer
1997 – Batman and Robin – George Clooney
2005 – Batman Begins – Christian Bale
2008 – The Dark Knight – Christian Bale
2012 – The Dark Knight Rises  - Christian Bale (dirancang dikeluarkan musim panas 2012)

Watak ini pernah menjadi adiwira yang saya kagumi semasa kanak-kanak dahulu.  

*Nota ini sekadar bekongsi kisah zaman kanak-kanak....
mungkin sahabat FB juga punyai watak adiwira masing-masing semasa zaman kanak-kanak dulu.
Jom kongsi bersama-sama mengapa watak itu menjadi pilihan anda 

Sunday, January 1, 2012

1 Januari 2012

2012...bermula hari ini. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerna masih diberikan peluang meneruskan kehidupan/ Pastinya 2012 disambut dengan penuh harapan agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Setiap kali tahun baru, kita sibuk memperkatakan tentang azam. Namun yang seringkali berlaku azam hanya tinggal azam. Belum masuk bulan kedua semangat yang berkobar-kobar mulai suam-suam kuku. Menjelang bulan kelima azam hampir dilupakan. Kesudahannya segala azam tidak dapat dilaksanakan.

Apa kata kali ini kita mulakan dengan niat agar usaha yang ingin kita lakukan dipermudahkan. Jika timbul sebarang musibah atau halangan, moga dibukakan jalan untuk menyelesaikannya.

Cabaran yang menanti pada tahun 2012 ini pastinya lebih hebat dan mencabar. Lihat sahaja disekeliling kita. Meski kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku, sekurang-kurangnya kita bersedia dan mempersiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana setiap orang pasti melaluinya apabila tiba masanya.

SELAMAT TAHUN BARU 2012