BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 28, 2012

Cinta Selamanya....

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
(lirik lagu-Sedetik Lebih)

Mengambil lirik lagu ini sebagai pembuka bicara kali ini tentang Cinta selamanya. Asyik sekali bila dibuai cinta.
Februari ini, lebih tepat lagi 14 Februari sering dinanti-nantikan oleh pasangan yang sedang bercinta dan berkasih. Tarikh tersebut dikatakan menjadi simbol puncak cinta dan menzahirkan kasih sayang. Benarkah....? tepuk dada tanya selera....

Yang pastinya seiring dengan peningkatan usia kita kini semakin menyedari bahawa kasih sayang dan rasa cinta tidak ada had masa atau hari-hari tertentu. Setiap hari mesti diisi dengan cinta. Cuma bagaimana menunjukkan rasa cinta itu sahaja yang berbeza antara kita. 

Cinta itu milik setiap insan. Setiap orang berhak menikmatinya tidak kira usia, pangkat atau siapa anda.  Jika sewaktu muda remaja kita gagal memperoleh cinta sejati mana tahu pada usia sebegini (untuk rakan sebaya saya) bahagia itu milik kita. 

Cinta dalam diri manusia tidak pernah mengalami perubahan. Ia besar, suci, agung dan terus begitu sampai bila-bila. 
Justeru terus lah bercinta. Yang pastinya cinta yang paling agung ialah cinta kepada Allah yang satu.





Sunday, January 22, 2012

BATMAN

BATMAN merupakan karakter dicipta oleh artis Bob Kane dan penulis Bill Finger. Adiwira komik ini pertama kali muncul dalam Cetective Comics pada May 1939 dan sejak itu menjadi penampilan utama dalam setiap terbitan DC Comics.  Watak ini dikaitkan dengan watak "The Bat-Man" , "The Cape Crusader", "The Dark Knight" dan "The World Greatest Detective". 

Identiti rahsia Batman dikaitkan dengan watak Bruce Wayne seorang jutawan Amerika. Menyaksikan dengan matanya sendiri pembunuhan ibu bapanya semasa kecil beliau bersumpah untuk membalas dendam kepada kejahatan dan memastikan keamanan sejagat dicapai. Bruce Wayne melatih dan mempersiapkan dirinya dari aspek fizikal mahupun mental untuk mencapai hasratnya itu. Pakaian adiwira yang dipilihnya adalah bertemakan keluang. 

Adiwira Batman beroperasi di pekan fiksyen Gotham City  dan seringkali dibantu oleh watak sampingan yang lain  termasuklah watak rakan pembantu nya Robin, pembantu rumahnya Alfred Pennyworth, penguasa polis Jim Gordon dan wirawatinya Batgirl. Beliau berdepan dengan pelbagai watak jahat seperti Joker, Penguin, Riddler, Two Face, Poison Ivy dan Catwoman.

Tidak seperti adiwira yang lain, Batman tidak memiliki sebarang kuasa istimewa. Beliau tidak boleh terbang seperti Superman atau disengat labah-labah seperti Spiderman. Beliau menggunakan daya intelek, kemahiran menyiasat, sains dan teknologi, kekayaannya, kelebihan fizikalnya, seni mempertahankan diri, semangat serta azam nya memerangi kejahatan.

Bermula daripada adiwira di komik watak ini muncul di layar perak pada tahun 1940-an dengan judul Batman dan Batman and Robin.  Watak itu sekali lagi muncul dalam filem Batman pada tahun 1966 adaptasi dari siri tv pada tahun 1960-an Batman yang dilakonkan Adam West.

Pada akhir 1980-an, Studio Warner Bros mula menghasilkan beberapa siri filem Batman dengan beberapa pelakon yang memegang watak adiwira tersebut:

1989 – Batman – Michael Keaton
1992 – Batman Returns – Michael Keaton
1995 – Batman Forever – Val Kilmer
1997 – Batman and Robin – George Clooney
2005 – Batman Begins – Christian Bale
2008 – The Dark Knight – Christian Bale
2012 – The Dark Knight Rises  - Christian Bale (dirancang dikeluarkan musim panas 2012)

Watak ini pernah menjadi adiwira yang saya kagumi semasa kanak-kanak dahulu.  

*Nota ini sekadar bekongsi kisah zaman kanak-kanak....
mungkin sahabat FB juga punyai watak adiwira masing-masing semasa zaman kanak-kanak dulu.
Jom kongsi bersama-sama mengapa watak itu menjadi pilihan anda 

Sunday, January 1, 2012

1 Januari 2012

2012...bermula hari ini. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerna masih diberikan peluang meneruskan kehidupan/ Pastinya 2012 disambut dengan penuh harapan agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Setiap kali tahun baru, kita sibuk memperkatakan tentang azam. Namun yang seringkali berlaku azam hanya tinggal azam. Belum masuk bulan kedua semangat yang berkobar-kobar mulai suam-suam kuku. Menjelang bulan kelima azam hampir dilupakan. Kesudahannya segala azam tidak dapat dilaksanakan.

Apa kata kali ini kita mulakan dengan niat agar usaha yang ingin kita lakukan dipermudahkan. Jika timbul sebarang musibah atau halangan, moga dibukakan jalan untuk menyelesaikannya.

Cabaran yang menanti pada tahun 2012 ini pastinya lebih hebat dan mencabar. Lihat sahaja disekeliling kita. Meski kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku, sekurang-kurangnya kita bersedia dan mempersiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana setiap orang pasti melaluinya apabila tiba masanya.

SELAMAT TAHUN BARU 2012 

Wednesday, October 26, 2011

Jangan kecewa kerana tidak seorang pun sempurna

Pernahkah anda dikecewakan oleh orang lain? Pastinya perasaan dikecewakan itu sungguh tidak enak dan amat mengganggu lebih-lebih lagi orang yang mengecewakan kita itu orang yang kita sayang dan percayai sepenuh hati.
Persoalannya ialah :
Adakah benar-benar dikecewakaan atau kita hanya berasa dikecewakan  oleh orang tersebut ?
Mungkin sebenarmya mereka tidak mengecewakan kita tetapi kitaa lah yang memberi respons terhadap reaksi mereka itu sebagai suatu kekecewaan.
Jika kita pernah kecewa, tentu kita tahu betapa terseksanya perasaan itu. Kebahagiaan kita terusik, waktu tidur kitaa terganggu, air mata kita menitis, perasaan menjadi gundah gulana.  Justeru jangan lah terlalu lama membiarkan kekecewaan menguasai diri kita.
Marilah kita sama-sama memerdekakan jiwa kita daripada perasaan kecewa itu tidak kira apa jua puncanya.  Berdasarkan pembacaan saya untuk membantu kita agar terus berasa kecewa apa salahnya kita praktikkan perkara-perkara berikut:

Mengakui bahawa diri kita tidak sempurna
Apabila orang lain memberikan komentar negatif mengenai diri kita terima saja dengan hati terbuka dan berlapang dada walaupun apa yang diperkatakan itu belum tentu betul. Jika mereka salah , maka itu akan menjadi pahala bagi kita. Jika mereka benar maka itu merupakan proses penyedaran untuk kita memperbaaiki  ketidaksempurnaan dalam diri kita.

Menyedari bahawa orang lain juga tidak sempurna
Kita kecewa kerna seringkali disebabkan penilaian yang terlalu tinggi terhadap seseorang.  Apabila orang tersebut tidak menepati piawai penilaian kita yang tinggi untuknya maka kita kecewa dengannya. Justeru perlu lah kita sentiasa ingat siapapun dia, dia hanya lah manusia biasa yang tidak dapat lari dari berbuat salah. Jika kita tidak sama dia juga sama. jadi relakan sahaja.

Menerima kenyataan bahawa lidah tidak selalu seiring dengan hati
Banyak orang yang kecewa pada orang lain kerana dia menganggap bahawa apa yang dikatakan seseorang itu pastinya sama dengan apa yang ada dalam hatinya.

Ingatlah bahawa kita lah pengendali diri sendiri
Jika orang lain berusaha mengecewakan kita, tetapi kita sendiri tidak berasa kecewa, pastinya orang tersebut gagal membuat kita kecewa.

Meyakini bahawa segala sesuatunya tertera dalam catatan Allah.
Selagin kita masih mempunyai keyakinan kepada Allah semuanya akan berjalan dengan lancar. Perkataan, perbuatan, fitnah, gossip dan berita yang diadaa-adakaan akan tercatat lengkap dalam buku yang dipegang oleh malaikat di kiri dan di kanan kita. Allah maha melihat, maha mengetahui akan semua perbuatan dan balasan atas semua perbuataan itu sudah tersedia.
Oleh itu sahabat semua...kita usah kecewa lagi. Sayang kalau kita membeli perasaan kecewa  yang tidak membawa sebarang keuntungan. Dek kerna kecewa kita mudah pula dijangkiti perasaan marah, sakit hati, bengang, dendam, dan lain-lain lagi. Berserah diri kepada Allah dengan keikhlasan dalam apa jua takdirnya.

Fikir-fikirkan


Monday, September 12, 2011

ALUMNI UNIVERSITI RAMADHAN


Syawal akan menjelang tidak lama lagi , justeru bulan Ramadhan berlalu pergi. Pergi meninggalkan kita  dan insyaAllah akan datang lagi pada tahun hadapan. Kita tidak tahu adakah kelak akan bertemu dengan Ramadhan , atau ternyata ini Ramadhan yang terakhir. Banyak saudara kita yang tidak berpeluang untuk merasai nikmat Ramadhan tahun ini kerna lebih dulu menemui Allah. Dek kerna itu kita patut bersyukur diberikan Allah SWT kesempatan bertemu Ramadhan pada tahun ini.

1 Syawal akan tiba, kita gembira pada saat yang sama kita sedih kerna harus berpisah dengan Ramadhan. Bayangkan sepanjang Ramadhan ini kita dihantarkan kepada nuansa ketaatan yang tidak terhingga.  Berpisah dengan Ramadhan memang tidak dapat dibandingkan dengan perpisahan yang lain. Berpisah dengan suasana rohani yang sangat kental dan menguatkan iman. Itulah yang membuat air mata kita harus menitis. Menitis kerna takut setelah berlalu Ramadhan suasana keimanan itu kembali lemah memburu dosa-dosa.

Berjayakah  kita  bergraduat daripada Universiti Ramadhan ? Kita  harapkan semua saudara Islam kita bergraduat dengan cemerlang lantas mendapat CGPA  pada tahap 4.0 semuanya.  Pastinya Universiti Ramadhan mampu melahirkan dan meluluskan alumni manusia yang jauh lebih baik.

Selamat hari raya, semoga Allah menerima amal-amal baik kita dan semoga dalam semua hari-hari sepanjang tahun kita selalu dalam kebaikan. Amin.



Sunday, September 11, 2011

Salam Syawal

Selamat Hari Raya
Maaf zahir dan batin

Friday, September 2, 2011

Syukur, Alhamdulillah

Syukur, Alhamdulillah

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun kita lalui pelbagai cabaran.  Gaji naik RM70 setahun sedangkan pelbagai barang naik  beberapa kali dalam setahun dalam kadar yang berlipat ganda pula.  Masalah sosial juga menjadi-jadi, bukan sahaja di luar rumah ,atau di jalan raya sementelahan di rumah juga ada bahayanya.  Stres sungguh dibuatnya. 

Kita bekerja 8 jam sehari malah ada antara kita lebih dari itu mencari wang buat meneruskan kehidupan.  Ada pula orang sibuk juga mengumpul harta tetapi dengan cara mengambil hak orang lain.  Senario ini juga mengundang stress.

Harta atau ketenangan hati?  Dua perkara yang jauh berbeza. Bagai langit dengan bumi, bagai warna hitam dengan dengan warna putih, begitu kontra adanya.  Percaya atau tidak banyak orang yang memiliki kesenangan material tetapi tidak mampu merasakan kebahagiaan dan ketenangan. Sewa bilik mewah di hotel bertaraf 5 bintang namun tidurnya tidak nyenyak jua.  Pada masa yang sama banyak orang yang bahagia dan tenang jiwanya meskipun harta yang dia ada secukup hidup cuma, tidurnya cuma beralaskan lengan cuma.  

Sifat qanaah ini mampu kita jadikan potensi positif dalam meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini cuma.  Qanaah , merupakan sikap merasa cukup dan redha atas kurnia dan rezeki yang dukurniakan Allah. Orang yang selalu bersyukur tidak akan stress melampau atau pening kepala pabila mengharungi dugaan dan halangan serta tekanan hidup.  Justeru bersyukur lah….




    • Ramlee Wahab ‎...memahami ekonomi kapitalis pada peringkat awal adalah jalan untuk menyelamatkan diri daripada terjerat dalam kancah stress yang berlebihan; jangan berhutang kalau mampu membeli tunai, berbelanja mengikut kemampuan diri, menyimpan lebihan wang atau melaburkannya untuk jangka panjang...:))





    • Radi Daros tidak dinafikan rezeki jangan ditolak ... tetapi atas dasar apakah perlu diambil dan ditolak pada perkara yang memberikan kita makan, minum dan kebahagiaan. rezeki datang dalam pelbagai rupa dan bentuk dimana platfom sama tetapi berlainan versi