“Sesuatu yang tidak
disangka, seringkali mendatangi kita”...petikan lirik lagu Suratan atau
Kebetulan. Ada makna yang tersirat
kan...ada kaitan dengan membuat pilihan dan menerima takdir
Dalam hidup kita
tidak dapat lari daripada membuat pilihan.
Seawal subuh hari, kita perlu memilih antara terus melayan mimpi atau
segera bangun mengerjakan solat subuh. Setiap pagi juga kita perlu pilih baju
mana yang nak dipakai untuk pergi kerja, misalnya nak pilih baju kurung biru,
baju kebaya bunga-bunga atau yang mana. Bersarapan pula, perlu pilih menu yang
menyelerakan. Nasi lemak atau roti canai, teh tarik atau kopi O. Di tempat kerja, perlu pilih sama ada nak kerja dengan
penuh semangat dan ceria atau sekadar biasa-biasa saja. Dan begitulah seterusnya dalam kehidupan kita
sehari-hari.
Ada kerikanya senang
dan mudah membuat pilihan namun ada masanya agak sukar malah kekadang
meletakkan kita pada situasi “ditelan
mati emak, diluah mati bapak”. Aduhai.
Saat membuat pilihan
menu mana nak pilih , atau baju mana nak pakai mungkin mudah. Bagaimana jika
melibatkan keputusan dalam menentukan perkara yang besar dan utama dalam hidup
seperti perkahwinan dan perceraian...
Persoalannya...bagaimana
untuk memastikan pilihan yang bakal dibuat adalah keputusan yang bijak, tepat
dan mampu memberikan kebahagiaan kepada kita. Sekadar ingin berkongsi info
daripada bacaan saya , mungkin boleh dijadikan panduan bersama-sama.
1. Pinggirkan emosi
Pastikan berada dalam
keadaan tenang dan berfikiran waras. Bersikap tabah, tenang dan yakin dengan
kemampuan diri untuk menangani permasalahan yang dihadapi. Firman Allah SWT
dalam ayat 286 Surah Al-Baqarah
bBermaksud “ Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesaanggupannya”. Jika Allah SWT yakin dengan kemampuan kita, mengapa kita
tidak mempercayai kemampuan diri kita sendiri.
2. Utamakan keperluan dan kebajikan masa
depan.
Pabila wujud
ketenangan, senaraikan keperluan anda dan kaitkan dengan pilihan yang perlu
dilakukan. Jangan fikirkan keperluan dan kebajikan diri sendiri saja tetapi
juga insan-insan di sekeliling kita. Hari esok belum pasti, hari ini adalah
realiti. Namun realiti hari ini sebagai asas untuk hidup masa depan.
3. Berserah, mohon bantuan daripada-Nya.
Paling utama, jangan
membuat pilihan dan keputusan hanya menggunakan akal dan fikiran kita sahaja.
Sebaliknya serahkan segalanya kepada
ketentuan Illahi. Mohon yang terbaik daripada-Nya. Hanya Allah yang tahu
mana yang terbaik untuk kita. Ada kawan-kawan saya dengan mudah mengatakan cara
terbaik “lakukan Isthikarah”...tapi daripada bacaan saya juga, boleh lakukan
isthikarah tetapi ada syaratnya. Lakukan dengan penuh khusyuk dan berserah
kepada-Nya. Bukan dalam keadaan kita telah punya pilihan atau keputusan. Ini
kerna jika telah ada pilihan atau keputusan percayalah isthkarah anda sukar
mencapai keputusan yang tepat.
Jangan salahkan
takdir kerana setiap perkara yang berlaku bukan sia-sia. Tak pernah ada musibah
dalam hidup ini kerana Allah SWT tidak akan menzalimi hambanya.