Saya jarang membaca akhbar tapi pagi tadi semasa sedang sarapan di
kafeteria tertarik pula dengan suatu pojok tentang "Lebih ramai lelaki tidak
berkahwin" dalam akhbar Utusan Malaysia yang dibaca oleh sahabat di
hadapan meja makan. Menurut kajian sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia
yang berusia lebih 25 tahun atau 16.7% penduduk negara ini masih belum
atau tidak berkahwin dengan 60.4 peratus daripadanya ialah lelaki.
Kebetulan saya juga baru saja membaca satu rencana motivasi yang
bertajuk "Salah kah janda bertemu jodoh lelaki bujang? " dalam majalah
MIDI edisi Mei.Justeru ingin saya kaitan dua isu ini dan kongsi
bersama-sama rakan FB.
Masyarakat sudah biasa disajikan dengan perkahwinan duda dengan
anak dara atau dengan janda. Tetapi bagaimana pula apabila seorang wanita
bergelar janda ingin mendirikan rumah tangga dengan lelaki bujang?
Pastinya pelbagai rintangan dan halangan menjadi taruhan.
Bukan kah setiap orang berhak menikmati kebahagiaan hidup.
Tak kira apa status anda sama ada bujang teruna, anak dara,
duda mahu pun janda.
Bagi kebanyakan ibu bapa akan mempersoalkan kepastian apabila
mendengar anak bujang mereka memilih jodoh seorang wanita yang
bergelar janda.Mengapa ia berlaku?
Dalam majalah MIDI dinyatakan terdapat empat sebab mengapa calon
mertua tidak dapat menerima hakikat bermenantukan seorang janda
Nak tahu ....belilah majalah MIDI Mei 2012.