BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 5, 2013

Ditelan mati emak, diluah mati bapa...

“Sesuatu yang tidak disangka, seringkali mendatangi kita”...petikan lirik lagu Suratan atau Kebetulan.  Ada makna yang tersirat kan...ada kaitan dengan membuat pilihan dan menerima takdir

Dalam hidup kita tidak dapat lari daripada membuat pilihan.  Seawal subuh hari, kita perlu memilih antara terus melayan mimpi atau segera bangun mengerjakan solat subuh. Setiap pagi juga kita perlu pilih baju mana yang nak dipakai untuk pergi kerja, misalnya nak pilih baju kurung biru, baju kebaya bunga-bunga atau yang mana. Bersarapan pula, perlu pilih menu yang menyelerakan. Nasi lemak atau roti canai, teh tarik atau kopi O. Di tempat  kerja, perlu pilih sama ada nak kerja dengan penuh semangat dan ceria atau sekadar biasa-biasa saja.  Dan begitulah seterusnya dalam kehidupan kita sehari-hari.

Ada kerikanya senang dan mudah membuat pilihan namun ada masanya agak sukar malah kekadang meletakkan kita pada situasi  “ditelan mati emak, diluah mati bapak”. Aduhai.
Saat membuat pilihan menu mana nak pilih , atau baju mana nak pakai mungkin mudah. Bagaimana jika melibatkan keputusan dalam menentukan perkara yang besar dan utama dalam hidup seperti perkahwinan dan perceraian...

Persoalannya...bagaimana untuk memastikan pilihan yang bakal dibuat adalah keputusan yang bijak, tepat dan mampu memberikan kebahagiaan kepada kita. Sekadar ingin berkongsi info daripada bacaan saya , mungkin boleh dijadikan panduan bersama-sama.

1.         Pinggirkan emosi
Pastikan berada dalam keadaan tenang dan berfikiran waras. Bersikap tabah, tenang dan yakin dengan kemampuan diri untuk menangani permasalahan yang dihadapi. Firman Allah SWT dalam ayat 286 Surah Al-Baqarah  bBermaksud “ Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesaanggupannya”. Jika Allah SWT yakin dengan kemampuan kita, mengapa kita tidak mempercayai kemampuan diri kita sendiri.

2.         Utamakan keperluan dan kebajikan masa depan.
Pabila wujud ketenangan, senaraikan keperluan anda dan kaitkan dengan pilihan yang perlu dilakukan. Jangan fikirkan keperluan dan kebajikan diri sendiri saja tetapi juga insan-insan di sekeliling kita. Hari esok belum pasti, hari ini adalah realiti. Namun realiti hari ini sebagai asas untuk hidup masa depan.

3.         Berserah, mohon bantuan daripada-Nya.
Paling utama, jangan membuat pilihan dan keputusan hanya menggunakan akal dan fikiran kita sahaja. Sebaliknya serahkan segalanya kepada  ketentuan Illahi. Mohon yang terbaik daripada-Nya. Hanya Allah yang tahu mana yang terbaik untuk kita. Ada kawan-kawan saya dengan mudah mengatakan cara terbaik “lakukan Isthikarah”...tapi daripada bacaan saya juga, boleh lakukan isthikarah tetapi ada syaratnya. Lakukan dengan penuh khusyuk dan berserah kepada-Nya. Bukan dalam keadaan kita telah punya pilihan atau keputusan. Ini kerna jika telah ada pilihan atau keputusan percayalah isthkarah anda sukar mencapai keputusan yang tepat.


Jangan salahkan takdir kerana setiap perkara yang berlaku bukan sia-sia. Tak pernah ada musibah dalam hidup ini kerana Allah SWT tidak akan menzalimi hambanya.

Monday, August 12, 2013

ALUMNI UNIVERSITI RAMADHAN

Syawal  menjelang  lagi , justeru bulan Ramadhan berlalu pergi. Pergi meninggalkan kita  dan insyaAllah akan datang lagi pada tahun hadapan. Kita tidak tahu adakah kelak akan bertemu dengan Ramadhan , atau ternyata ini Ramadhan yang terakhir. Banyak saudara kita yang tidak berpeluang untuk merasai nikmat Ramadhan tahun ini kerna lebih dulu menemui Allah. Dek kerna itu kita patut bersyukur diberikan Allah SWT kesempatan bertemu Ramadhan pada tahun ini.

1 Syawal yang tiba, kita menyambutnya dengan gembira pada saat yang sama kita sedih kerna harus berpisah dengan Ramadhan. Bayangkan sepanjang Ramadhan ini kita dihantarkan kepada nuansa ketaatan yang tidak terhingga.  Berpisah dengan Ramadhan memang tidak dapat dibandingkan dengan perpisahan yang lain. Berpisah dengan suasana rohani yang sangat kental dan menguatkan iman. Itulah yang membuat air mata kita harus menitis. Menitis kerna takut setelah berlalu Ramadhan suasana keimanan itu kembali lemah memburu dosa-dosa.

Berjayakah  kita  bergraduat daripada Universiti Ramadhan ? Kita  harapkan semua saudara Islam kita bergraduat dengan cemerlang lantas mendapat CGPA  pada tahap 4.0 semuanya.  Pastinya Universiti Ramadhan mampu melahirkan dan meluluskan alumni manusia yang jauh lebih baik.

Selamat hari raya, semoga Allah menerima amal-amal baik kita dan semoga dalam semua hari-hari sepanjang tahun kita selalu dalam kebaikan. Amin.

Friday, August 2, 2013

Selamat Hari Raya Adil Fitri


Thursday, May 30, 2013

Erti di sebalik kacak/cantik...??

aru-baru ni heboh pasal kisah 3 pemuda dari Abu Dhabi dihalau dari Festival Kebudayaan Dan Adat Jenadrivah di Arab Saudi kerana terlalu kacak.  Alasannya... kerana para suami di Arab Saudi khuatir isteri mereka akan jatuh cinta dengan lelaki-lelaki kacak dan tampan ini sekiranya mereka  terus tinggal di negara itu.

Salah seorang daripadanya adalah Omar Borkan Al Gala. Dia seorang jurugambar fesyen, pelakon serta pemuisi dari Dubai.
 Kebanyakan dari kita mungkin akan merasakan bahawa kita tidak cukup menarik. Setiap manusia mahu, teringin dan akan mencuba untuk kelihatan cantik atau kacak pada satu tahap tertentu. Tidak kisah anda muda, remaja atau tua – anda mahu kelihatan cantik, kacak dan menarik pada pandangan individu lain. 

Jika penampilan luaran diambil kira, sudah semestinya anda mahukelihatan cantik atau kacak dari pelbagai aspek, terutamanya yang berkaitan dengan“penampilan diri” anda. Maka untuk kelihatan sedemikian  anda akan mula menjaga dandanan (grooming), anda akan menjaga aspek permakanan anda, menjaga gaya dan trend pemakaian dan anda akan melakukan pelbagai perkara untuk kekal cantik atau kacak. Itu  merupakan fakta dalam dunia moden 

Namun persoalannya adakah kecantikan atau kekacakan  itu hanya dinilai dari aspek luaran –penampilan, dandanan, bentuk badan, penjagaan diri dan sebagainya. Bagaimana pula dengan aspek lain yang berkaitan dengan diri anda, iaitu kecantikan dalaman seperti nilai keagamaan, nilai diri dan sebagainya

Pada aku - Semuanya bermula dari dalam – baik, buruk, hodoh, kacak, cantik dan sebagainya adalah penilaian manusia yang subjektif. Ada perkara yang anda rasakan baik di pandangan anda tetapi tidak di pandangan individu lain. Begitu juga kecantikan serta kekacakan, penilaian sebegini adalah bersifat subjektifdan berbeza antara individu. Namun kecantikan dalaman adalah melebihi segalanya. 
  
Kepada sahabat wanita...apa erti cantik/kacak bagi anda?
Kepada sahabat lelaki...apa erti kacak/cantik bagi anda.

( sahabat wanita : adakah Omar begitu kacak?....)
Pada aku....biasa je, sebab aku tak suka lelaki Arab.

Friday, May 24, 2013

“Dia isteri dan kawan baik saya buat selama-lamanya” – ABIL FIKRI

“Dia isteri dan kawan baik saya buat selama-lamanya” – ABIL FIKRI

Itu tajuk yang begitu menarik perhatian aku waktu membuka helaian majalah Mingguan Wanita 24-30 Mei 2013 yang baru aku beli pagi tadi. Terus ku selak halaman 144 dan membaca 3 muka surat yang memuatkan kisah insan bernama Abil Fikri ini. 

Nyata….memang terharu.Al-Fatihah buat arwah Fauziah Muhamad isteri Abil Fikri yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 April lalu.

Wahai para suami  dan yang bakal bergelar suami, juga para duda juga bapa tunggal
Wahai para isteri dan yang bakal bergelar isteri, juga para janda juga ibu tunggal

1.   Jika ada masa…belilah majalah Mingguan Wanita ini…dan bacalah kisah Abil Fikri
2.   Jika ada lagi banyak masa…tinjaulah blog beliau di abil4fauziah.blogspot.com di bawah tajuk yang cukup
      indah namun bermakna : Warkah buat Isteri.
3.   Dan jika selalu di FB ini…masih ada ruang untuk menelusuri kisah beliau di facebook Dana Sinar Fauziah

Aku bukan lah nak mempromosi insan bernama Abil Fikri ini…tetapi sekadar ingin sama-sama berkongsi kisah beliau yang aku rasa sepatutnya aku uar-uarkan.

Sepanjang pagi ini…aku  selongkar blog abil4fauziah.blogspot.com, dan satu persatu kisah Abil dan arwah isterinya aku baca. Rasa rugi…kerna cuma baru hari ini aku tahu kisah beliau. Sedangkan ramai yang lain telah menjadi pengikut blog tersebut. Apapun…Alhamdulillah, aku mula kenal dengan Abil dan arwah isterinya (walaupun secara maya). 

Nak tahu apa yang menyebabkan aku cukup teruja nak beritahu kalian tentang Abil Fikri…sila  layari sendiri blog, facebook…atau beli majalah Mingguan Wanita atau Google jer cari . Aku janji tak rugi tahu kisah beliau ni.

Buat masa sekarang….Abil Fikri diberi gelaran ‘Duda Idaman Malaya’ oleh peminat-peminat blognya (Bukan aku yang beri gelaran ni…aku ambil pernyataan dalam Majalah Mingguan Wanita tau)…tak kisah lah apa gelaran untuk beliau sekarang ni, tapi yang aku tahu…bukan senang nak dapat suami macam Abil Fikri.

Moga Abil Fikri terus menjadi idola kepada golongan adam mahupun hawa.
(agaknya … ‘dia’mampukah  menjadi seperti Abil Fikri…)

Monday, April 22, 2013

Susahnya nak mencari bakal isteri!!!

Sekadar perkongsian dari www.facebook.com/TanyalahUstaz

1. Kalau bakal isteri seorang guru. Alamatnya, kat rumah akan bising kot. Mana taknya, dilayan kita macam anak murid. �Kamu, jangan baca suratkhabar. Sila ke dapur untuk membantu saya!�. Dengan suara yang kuat. Ya, aku perasan, ramai cikgu yang dah hilang tombol volume suara kat tekak mereka. 

2. Kalau bakal isteri seorang pekerja kilang. Waktu malam kita naktidur pun susah. Mana taknya, dia dok kemas rumah. �Abg, siang saya kerja. Malam nih lah nak kemas rumah segala. Harapkan abg? Hampeh!� Kita pula yang kena! Tapi yang bestnya, tgh malam pun tak yah risau nak cari makanan. Bini tersayang kan ada�

3. Kalau bakal isteri seorang akauntan. Mak aih, segala kewangan perlu dikawal. �Abg, jangan berbelanja lagi sekarang, kita bertahan. Nanti, masa kadar matawang kita tinggi, kita akan berbelanja di Singapura. Juga, pastikan investment untuk hartanah rujuk kepada saya dahulu� Itu ok lagi.. Kalau�. �Tempoh peminjaman duit saya kepada abg sebanyak RM 10, 5 hari lepas belum berbayar. Mengikut kadar bunga yang telah ditetapkan, iaitu 10% kenaikan bagi setiap hari, abg perlu bayar RM 15. Jika tidak, kadar bunga akan semakin bertambah� Tak ke naya?

4. Kalau bakal isteri seorang ahli sukan. Adeh, bila masa kita nak rehat yek? �Abg, baru balik kerja ye. Cepat tukar baju, kita berjogging. Kesihatan perlu dijaga. Setiap minit abg berlari, kalori dibakar adalah bersamaan dengan kalori bagi setiap roti canai yang abg makan� Adeh. Kalau tgh berperang besar. Nak pulak atlit lontar peluru. Agak2nya, sempat tak nak capai kunci kereta larik?

5. Kalau bakal isteri kita suri rumah sepenuh masa. Tak pernah lihat dunia luar sebelum kahwin. Bayangkan kita bawa ke majlis yang menghidangkan makanan itali. �Abg, Leha nak makan murtabak tu..� Merengek, dan kuat. Sedangkan itu lasagna. Belum lagi jerit kat pelayan panggil mintak sos cili. Lagi parah, kalau bawak beg plastik, isi makan yang bersusun kat meja buffet. Kat mana nak letak muka kita ni yekkk�



BERCINTA DI HUJUNG USIA


Pernah dengar lagu nyanyian kumpulan Mojo, “Andai ku bercinta lagi”….
Kepada golongan muda, jika bercinta lagi…sudah jadi lumrah. Bagaimana dengan kita yang sudah berusia 40-an….bayangkan. Bertemu seseorang pada usia melangkau 40-an lalu jatuh cinta padanya. Lucu ?  Fantasi ? Realiti ? atau apa….

Rasanya tidak salah untuk bercinta lagi pada usia begini kepada yang solo, ibu tunggal, mahu pun bapa tunggal tetapi kepada yang bergelar isteri atau suami….mohon dielakkan, hehe.

Pada saya, andainya kita bercinta pada  usia 40-an, jagalah tatasusila dan batas-batas yang sepatutnya. Berusaha lah agar  hubungan yang terjalin diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Pastinya pengalaman lalu banyak mengajar diri untuk bertindak lebih matang. Jika dulu sewaktu muda remaja hubungan cinta terputus di tengah jalan, mungkin kerna kurang matang dari segi sikap, pemikiran dan usia. Kini apabila bercinta lagi , anda sudah cukup dewasa untuk menilai mana yang baik, mana yang buruk. Buka lah hati untuk menerima si dia dengan ikhlas.

Pada usia begini, kita bukan lagi mencari teman hidup semata-mata tetapi juga seseorang yang dapat berkongsi suka duka, saling melengkapi dan seiring dalam melalui hari-hari mendatang.

Cinta zaman remaja mungkin berbeza dengan cinta pertengahan usia, namun kedua-duanya masih sama iaitu berkaitan dengan soal hati dan perasaan. Tidak kira berapa usia kita, seseorang  itu tetap memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada orang yang rapat dengannya.  Ia merupakan satu ketenangan dalam hidup.

Bagi masyarakat pula, usah dipandang serong pada wanita mahu pun lelaki separuh usia yang ingin mendirikan mahligai kasih. Jika ada jodoh untuk nya, berikan sokongan. Mereka berhak mengecap kebahagiaan.