BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 24, 2012

"Lebih ramai lelaki tidak berkahwin" vs "lelaki bujang kahwin janda"


Saya jarang membaca akhbar tapi pagi tadi semasa sedang sarapan di
kafeteria tertarik pula dengan suatu pojok tentang "Lebih ramai lelaki tidak 
berkahwin" dalam akhbar Utusan Malaysia yang dibaca oleh sahabat di 
hadapan meja makan. Menurut kajian sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia 
yang berusia lebih 25 tahun atau 16.7% penduduk negara ini masih belum 
atau tidak berkahwin dengan 60.4 peratus daripadanya ialah lelaki.

Kebetulan saya juga baru saja membaca satu rencana motivasi yang 
bertajuk "Salah kah janda bertemu jodoh lelaki bujang? " dalam majalah
 MIDI edisi Mei.Justeru ingin saya kaitan dua isu ini dan kongsi 
bersama-sama rakan FB.

Masyarakat sudah biasa disajikan dengan perkahwinan duda dengan 
anak dara atau dengan janda. Tetapi bagaimana pula apabila seorang wanita
 bergelar janda ingin mendirikan rumah tangga dengan lelaki bujang?
Pastinya pelbagai rintangan dan halangan menjadi taruhan.

Bukan kah setiap orang berhak menikmati kebahagiaan hidup.
 Tak kira apa status anda sama ada bujang teruna, anak dara, 
duda mahu pun janda.

Bagi kebanyakan ibu bapa akan mempersoalkan kepastian apabila 
mendengar anak bujang mereka memilih jodoh seorang wanita yang
 bergelar janda.Mengapa ia berlaku?

Dalam majalah MIDI dinyatakan terdapat empat sebab mengapa calon 
mertua tidak dapat menerima hakikat bermenantukan seorang janda
Nak tahu ....belilah majalah MIDI Mei 2012.


Wednesday, September 12, 2012

Kenapa sarung cincin di jari manis?


Pernah dengarkah tentang falsafah lima jari? Tahukah anda mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis, bukan di jari-jari lain?
Kini satukan kedua-dua belah tangan anda dan bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yang lain dipertemukan di hujungnya.
1. Ibu Jari
Cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.
2. Jari Telunjuk
Buka pula jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili adik-beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing-masing apabila tiba masanya. Tutup kembali jari telunjuk.
3. Jari Kelingking
Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil, ianya mewakili anak-anak anda. Lambat-laun, apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.
4. Jari Manis
Dan sekarang, cuba buka jari manis, yang mana anda menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yang dapat memisahkan anda dan pasangan anda, kerana anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati. Jadi, hargailah pasangan anda!