BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 22, 2011

Sahabat atau kawan

Orang kata kawan dan sahabat ialah dua perkara berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama-sama. Malah dalam ungkapan Melayu kita sering mendengar kata-kata seperti “Waktu senang ramai kawan menghampiri, tetapi waktu kita susah ramai kawan lari” dan “Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah nak dapat”.


Persahabatan tidak terjalin secara tiba-tibatetapi memerlukan proses yang panjang. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihiburkan., disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu dan ditolak. Namun semua ini adalah asam garam sebuah persahabatan. Kerinduan menjadi sebahagian daripada proses menjalin persahabatan.

Semua orang pasti mendambakan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Ramai juga yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang kecewa kernana dikhianati sahabatnya.
Mempunyai sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri.  Memang tidak ramai antara kita yang mempunyai sahabat. Yang ramainya ialah kawan. Namun bersyukurlah. Bayangkan jika ramai musuh…

Yang pastinya setiap dari kita sekurang-kurangnya mempunyai seorang sahabat yang boleh kita berkongsi segala cerita.Sahabat itu sudah tentu kita percayakan sepenuh hati.  Sebagai seorang sahabat pula selayakanya dia memegang segala amanah, menyimpan segala rahsia sahabatnya itu.

Kepercayaan merupakan antara perkara penting dalam bersahabat. Hilangnya kepercayaan sahabat kepada kita meruntuhkan tali persahabatan. Dilabel sebagai  ‘tidak amanah’ atau ‘ tidak boleh dipercayai’ amat menyakitkan. Lalu bagaimana selayaknya kita dapat menjadi seorang sahabat ?
Fikir-fikirkan…

Monday, July 11, 2011

Anda :Keanggunan dan keunggulan

Sahabat, ku,
Yang wanita biarlah terus anggun manakala yang lelaki biarlah terus unggul.

Susahkah untuk terus kekal anggun dan unggul ??? Saya rasa mudah jika kita pandai menjaga kesihatan, menambah amalan, mengelakkan kemungkaran.

Untuk kali ini apa kata kita kongsi bagaimana rakan-rakan semua memastikan anda terus anggun dan unggul..
Saya tertarik dengan berita yang dimuatkan dalam akhbar Star pada 26 Januari 2011 yang lalu tentang semua anggota polis di Pahang diwajibkan mengikuti sesi  bersenam setiap hari untuk mengembalikan bentuk tubuh.  Satu tindakan yang positif  kerna memang betul pun kita akan lebih teruja melihat pegawai polis yang fit berbanding dengan yang boroi. Justeru bersenam mampu memastikan kita terus anggun dan unggul.

Faktor keturunan kadang-kadang boleh menjadi sebab seseorang itu boleh berubah mendadak.  Dahulu kurus melidi tiba-tiba menjadi gemuk dan buncit pula, atau dulu gemuk sekarang kurus tidak semena-mena. Tapi jangan salahkan keturunan kerna semuanya bergantung kepada diri yang empunya sebenarnya. Misalnya saya sendiri, keluarga saya tak ada yang gemuk, tapi pernah satu ketika saya dihimpit kegelisahan kerana BMI saya pernah melebihi tahap yang sepatutnya. Bukan niat untuk nampak anggun dari segi penampilan sahaja tapi kerna memikirkan faktor kesihatan juga maka saya berusaha untuk memastikan masalah ini tidak berlarutan. Saya mula menjadikan aktiviti jogging dan berbasikal sebagai amalan setiap hujung minggu dan petang selepas waktu kerja (jika ada kelapangan). Alhamdulillah saya berjaya mengatasi masalah tersebut.  Suka rasanya pabila ada rakan-rakan memuji, terasa diri semakin anggun (masuk bakul angkat sendiri)

Usah sangka apabila usia meningkat istilah anggun dan unggul tidak akan dinikmati kembali.  Anggapan ini salah sebab keanggunan dan keunggulan sentiasa menanti orang yang  mengusahakannya. Masih kah rakan-rakan ingat kepada pembaca berita terkemuka Harjit Singh Hullon. Saya rasa beliau memulakan tugasnya itu sejak saya masih bayi lagi. Beliau nampak tidak banyak berubah. Masih segak, tampan, bergaya, unggul. Atau mungkin untuk wanita cuba kita lihat pengasas Jamu Mak Dara, beliau juga masih seksi, anggun meskipun umurnya sudah di penghujung senja.

Dipersembahkan komen daripada rakan-rakan FB tentang isu ini:

sebenarnya sistem diet pemakanan yang teratur juga merupakan satu faktor penting disamping disiplin yg tinggi dlm pengambilan makanan berkhaziat dan senaman..tidak memadai klu kita kerap melakukan senaman tetapi dipenghujung hari kita memakan sepertii tidak makan seharian...so segala usaha akan menjadi sia2...Campro Hugo Kemmery

sokong apa yg terbaik utk kita..keanggunan dn keunggulan tu penting.. dr segi dalaman dn luaran.... so jgn lak nanti kita alpa dn lupa diri bila kita dh anggun dn unggul... kecantikan tu blh berubah segalanya... mnjadikan kita sombong dn bongkak.. tu pendapat sy.. usaha tu penting tp keputusannya.... atas diri kita..Chairil Anwar

Saya mahukan kedua-duanya sekali, anggun dan unggul tapi saya tak mahu jadi tunggul. Memang kita dituntut menjaga dan mengekalkan tahap kesihatan, tidak kira pilihan senaman yang dibuat mengikut kesesuaian. Sebab tu mereka sebut badan sihat, minda cergas. So, segala perbuatan akan menjadi sihat dan dilakukan dalam keupayaan yang sebenar...Hamdan Ali

Yang penting amalan kita di dunia yg membuatkan kita ikhlas dan rasa rendah diri akan membangkitkan citarasa anggun waima unggul sekali pun kita hanya insan yang tanpa populariti...sekali lagi..tahniah kepada penulis...Pak Tam Abekecik


keperibadian kita dan cara kita berfikir menyerlahkan keanggunan dan keunggulan itu..wajah dan penampilan seindah pekerti...nota yg bagus, zura!...Natrah Mohamad


terima kasih daun keladi
kepada teman-teman FB

Campro Hugo Kemmery
Chairil Anwar
Hamdan Ali 
Pak Tam Abekecik
Natrah Mohamad