BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 11, 2011

Benarkah lelaki beristeri lebih menggoda ?

Persoalan ini mungkin mengundang rasa bimbang kepada wanita bergelar isteri di luar sana.  Namun jika difikirkan kembali, mungkin ada kebenarannya. Senario dunia memaparkan beberapa contoh yang bukan sedikit tentang isu ini.  Misalnya mana mungkin Angelina Jolie terpikat dengan Brad Pitt, Seniwati Norizan malah Seniwati Agung Saloma  terpikat dengan Seniman Agung P. Ramlee dan yang terkini Fasha Sandha dan mantan buah hatinya Jejai sedangkan mereka telah tahu dan maklum lelaki yang disebut itu merupakan suami orang.(Mengemukakan contoh selebriti kerna mereka dikenali umum)

Realitinya, bukan hanya Angelina, Norizan, Saloma mahupun Fasha yang memiliki perasaan sedemikian terhadap suami orang.  Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan didapati wanita atau gadis sememangnya lebih tertarik dan tergoda pada lelaki yang sudah berumahtangga.

Bagi merungkai persoalan mengapa ini terjadi, seorang pakar psikologi bernama Anthony Little melakukan ujikaji dengan menggunakan ikan sebagai objek.  Didapati  ikan-ikan betina lebih tertarik kepada ikan jantan sewaktu pasangan nya berada disamping ikan jantan tersebut.    Melihat kepada dunia realiti keadaan yang sama juga sebenarnya berlaku.  Berdasarkan satu lagi kaji selidik yang diterbitkan dalam sebuah laman web didapati wanita yang diberikan foto lelaki tertarik kepada foto lelaki yang sudah beristeri.

Sementara itu kaji selidik lain yang diterbitkan dalam sebuah jurnal Transactions of the Royal Society menemui satu jawapan yang agak berbeza namun motifnya masih sama.  Hasil kaji selidik tersebut mendapati lelaki kelihatan lebih hebat dan menarik saat bergambar sambil dikelilingi wanita berbanding bersendirian atau bersama-sama kawan lelakinya. 

Benarkah lelaki beristeri lebih menggoda…bukti dan contoh di atas jelas membuktikannya. 
Fikir-fikirkan…